Peguam Lesti Kejora menegaskan permasalahan rumah tangga Lesti dan Rizky Billar sudah selesai, Lesti dikatakan hamil anak kedua

Memang tak asing lagi kita dengan isu rumah tangga pasangan selebriti negara jiran ini. Lesti Kejora dan Rizky Billar dikatakan bakal timang cahaya mata kedua. Pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini. Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Lesti Kejora sedang hamil anak kedua

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya. Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai. “Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu. “Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya. Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.

Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar

Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keg4nasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga memaksanya membuat laporan polis. Insid3n itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap cvrang selain didakwa pernah bergelar seorang gig0lo dan menjalinkan hubungan s0ngsang. Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik. Sumber, mstar