Lewat petang semalam, beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dinaiki air selepas hujan lebat tanpa henti sejak tengah hari menyebabkan beberapa kawasan jalan besar serta kawasan perumahan turut terjejas.
Air naik paras betis
Walau bagaimanapun, keadaan banjir itu tidak menjejaskan pembukaan beberapa kedai makan yang berada di sekitar Jalan Meru, Klang malah beroperasi seperti biasa meskipun telah dinaiki air. Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan beberapa pelanggan yang berada di kedai makan begitu ‘selamba’ dan tenang meneruskan menikmati makanan mereka walaupun air berada di paras betis. Bukan setakat kedai makan saja dibuka semasa hujan lebat dan banjir, malah kedai motor yang berada berdekatan dengan premis makanan itu juga masih dikunjungi beberapa pelanggan.
Warganet pandai ‘bergurau’
Sementara itu di bahagian komen, ramai yang bergurau mengatakan bahawa pelanggan-pelanggan tersebut mengamalkan konsep ‘hati kering’ kerana masih lagi mampu meneruskan niat makan di kedai berkenaan. Bukan itu saja, turut ada yang mengatakan pemilik kedai berkenaan sangat bermurah hati kerana menyediakan sup yang banyak sehingga melimpah ruah. Amboi, bukan main lagi komen korang semua ya!
Komen warganet
Kreatif betul owner buat kedai dalam sungai. Inilah yang dapat tarik perhatian pelanggan untuk terus makan sini. Ni makan sambil-sambil healing ni. Memang feeling habis air dah paras betis tu. Tenang ribut jiwa.