Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terus menjadi bahan bualan warganet di media sosial kerana penampilannya semasa menghadiri satu majlis ilmu meraih pujian ramai. Tampil mengenakan hijab, Bella yang hadir di majlis ilmu dengan menggayakan jubah berserta tudung labuh berona hijau anjuran Neelofa itu dipuji sangat manis dan comel. Menerusi hantaran yang dibuat oleh Bella sendiri di laman Instagram miliknya, isteri pelakon Aliff Aziz juga sempat berswafoto bersama rakan artis yang lain dan juga merakamkan sedikit perkongsian yang dibuat oleh Oki Setiana Dewi. Susulan daripada perkongsian itu, kapsyen yang ditulis oleh Bella seolah-olah berharap agar dirinya dapat menjadi insan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.
“Ya Allah engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, ceriakan hati dengan senyuman dan jalani hari dengan keikhlasan. Rahmat Allah S.W.T Maha luas. Seseorang hamba-Nya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Bella terbuka hati untuk berhijab dan ada juga yang memuji kecantikan Bella yang manis mengenakan tudung.
“Alhamdulillah, insya-Allah semoga Allah bagi peluang untuk istiqamah. Cantik kak Bella berhijab, masya-Allah.” tulis seorang warganet.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Sumber, xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.