Irfan Haris muat naik gambar terima anugerah pelajar terbaik, Irfan Haris bersyukur dapat pensyarah yang memahami kerjaya seninya

Memang tak asing lagi kita dengan penyanyi ini. Irfan Haris terima Anugerah Pelajar Terbaik. Penyanyi Irfan Haris memberitahu kejayaannya menerima Anugerah Pelajar Terbaik baru-baru ini merupakan hasil sokongan daripada tenaga pengajar dan pihak universiti. Memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni, Irfan atau Irfan Haris Othman, 20, berkata pihak universiti memberi kelonggaran untuk dia menyusun jadual pembelajaran mengikut kesesuaian.

Terangnya lagi “Saya banyak berbincang dengan pensyarah dan memberitahu tentang jadual-jadual kerja sekiranya saya tidak dapat untuk menghadiri kelas. “Selain itu juga, pihak universiti sudah sedia maklum dengan jadual kerja saya dan Alhamdulillah, tempat belajar saya sangat fleksibel,” katanya kepada mStar. Irfan ditemui semasa majlis Astro Showcase Party yang diadakan di Menara Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Tenaga pengajar dan pihak universiti memahami kerjaya dan segala jadual Irfan.

Menurut penyanyi lagu Pesan ini lagi, jadual kerja yang padat tidak menghalangnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang kerana dia masih dapat mengikuti pembelajaran walaupun tidak hadir ke kelas. “Jika saya tidak dapat hadir ke kelas, selepas itu saya akan lihat semula tutorial pembelajaran secara online. “Saya sangat beruntung kerana mempunyai pensyarah yang sangat memahami tentang kerjaya seni saya,” jelasnya.

Keluarga antara yang banyak memberikan sokongan buat penyanyi ini.

Dalam pada itu, Irfan turut memberitahu keluarganya antara yang menjadi tulang belakang di atas kejayaan yang diraihnya itu. Tambah Irfan, kakaknya yang juga penyanyi iaitu Amira Othman sangat gembira dengan keputusan yang diperoleh dan turut hadir ke majlis konvokesyen berkenaan.

Luahnya lagi, “Kakak saya sangat gembira dan seluruh keluarga saya hadir menyaksikan saya menerima sijil di atas pentas. “Saya terharu dengan sokongan yang diberikan mereka. Bukan senang untuk terima anugerah ini. Terjatuh jugalah air mata jantan saya ketika itu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Irfan memberitahu selepas ini dia mahu untuk menceburi bidang lakonan sebelum menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. “Sebenarnya saya pernah dapat tawaran berlakon dua tahun lalu, tetapi terpaksa menolak kerana ingin fokus pada pelajaran.

Katanya lagi, “InsyaAllah selepas ini, saya nak cuba berlakon sebelum menyambung Ijazah Sarjana pada tahun depan,” jelasnya. Pada Ahad lalu, Irfan menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam program Diploma Seni Persembahan di Universiti UOW Malaysia KDU, Shah Alam, Selangor. Sumber, mstar