Selamba cakap suami dyus bila buat tindakan macam ni, Sekali Ustaz Azhar Idrus tampil dedah pendapatnya isu bersalin yang tular baru baru ni

Baru-baru ini, kecoh di media sosial isu tentang seorang ustazah yang melabelkan seorang suami itu d.4yus kerana membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya. Penyataan ustazah tersebut telah menimbulkan kemarahan para warganet yang semestinya tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.

Satu video dikongsi oleh @izataim di tiktok mengenai pencerahan isu bersalin daripada seorang ulama yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI. Pencerahan itu sedikit sebanyak telah menjawab hkvm sebenar bersalin menurut Islam.

“Apa yang Haram Di Angkat Sekejap Hukumnya”

UAI memberi pencerahan mengenai isu bersalin di dalam kuliahnya. Menurutnya, hkvm asal berubat itu adalah perempuan berubat dengan perempuan dan begitu sebaliknya kerana masalah aurat. Namun, terangnya lagi, jika sudah masuk di fasa darurat, apa yang haram dalam islam itu diangkat sekejap hkvmnya. UAI berkata:

Hkvm asal perempuan itu berubat dengan perempuan. laki-laki berubat dengan laki-laki kerana masalah aurat. Dalam bab berubat, dia ada kadar-kadar dia. Bila masuk sempadan darurat apa yang hr.4m, diangkat hkvmnya sekejap.

UAI juga telah memberi sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan dan menjelaskan lagi apa yang hukum sebenar mengikut islam. Barang siapa masuk didalam situasi yang tidak boleh diberi pilihan, tidak berlebihan. Maka hukumnya tidak berdosa.

“Kenapa Cakap Suami D.4yus Pula?”

UAI menjelaskan lagi isu tersebut dengan mengatakan sekiranya ketika isteri hendak bersalin, hanya ada doktor lelaki sahaja, itu dibenarkan. Ini kerana bersalin juga dalam kategori darurat yang melibatkan dua nyawa iaitu nyawa ibu dan anak didalam kandungan dan hukumnya tidak berd.0sa sama sekali.

jadi, kita nak beranak, isteri mesti beranak dengan doktor perempuan. tapi, jika doktor perempuan tidak ada, yang ada cuma doktor lelaki, sedangkan itu kr.1tikal yang berkatian dengan dua nyawa. maka, oleh kerana tidak ada doktor perempuan maka doktor lelaki ada. tidak berdosa. kenapa cakap suami itu d.4yus pulak? tidak haram. Semoga dengan pencerahan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus ini membuka mata dan menjawab segala tanda tanya umat islam dalam hkvm bersalin ini. Sumber, Murai.my