Adi Putra muat naik rakaman berbaju Barisan Nasional, Adi Putra berharap semua dapat berkempen dengan berhemah dan matang

Siapa tak kenal dengan pelakon popular ini. Pelakon yang berasal dari Singapura, Datuk Adi Putra berharap agar semua yang terlibat dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dapat berkempen dengan berhemah dan matang. Kata Adi Putra meskipun berbeza ideologi atau parti yang disokong, namun semua pihak perlu lebih hormat dan menghormati pilihan masing-masing.

Katanya lagi, “Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang. “Walaupun perbezaan ideologi parti kita hormat dan menghormati. Selamat berkempen PRU 15,” ucapnya. Pelakon Filem KL Gangster itu berkongsi pendapatnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik suntingan video yang memuatkan foto-fotonya termasuk foto lengkap berbaju penyokong Barisan Nasional. Kemas kini itu mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata teruja bila mendapat tahu parti politik yang disokong Adi.

Antara komen dari warganet lagi, “Biru terang ye abang. cantik!” komen salah seorang pengikutnya. “Saya sokong abang Mat Kilau,” kata salah seorang warga maya. “Ok sebab abang pilih dia saya follow je,” tulis salah seorang warganet.

Berkali-kali bertegas dengan pendirian enggan menyertai Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Indonesia, Datuk Adi Putra akhirnya lembut hati apabila membuat kejutan tiba di Jakarta, hari ini. Kata bintang utama filem epik itu, kedatangannya adalah atas undangan CBI Pictures Indonesia selain rakan seperjuangan Yayan Ruhian serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). “Terima kasih CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana menjemput saya dan Johan As’ari ke Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, di sini,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram, hari ini.

Pada masa sama, pemegang watak utama naskah epik itu berharap filem yang bakal ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini diterima baik penonton. “Semoga dipermudahkan. Semoga warga Indonesia memberi sambutan baik dengan hati dan tangan terbuka. “Allah Maha Kaya, kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang dan taat kepada yang Satu,” katanya. Adi merakamkan video ketibaanya bersama seorang lagi aktor terbabit dalam produksi terbitan Kembara Studio Sdn Bhd, Johan As’ari.

Sebelum ini berlaku salah faham antara pelakon tersebut dengan pihak pengurusan Kembara Studio yang didakwa penerbit hanya disebabkan isu komunikasi. Selepas itu menerusi wawancara dengan media, Adi menyatakan hanya akan menyertai rombongan berkenaan jika mendapat jemputan daripada pengedar di Indonesia. Sementara itu, Johan pula menerusi entrinya berkata, dia berterima kasih kepada Adi kerana menaja perjalanan, penginapan serta makan minumnya sempena kunjungan ke Jakarta.

Pemegang watak Yasin itu sebelum ini pernah menyatakan rasa terkilan dan pelik kerana digugurkan daripada delegasi ke Jakarta. Tindakan Johan meluahkan rasa berat hati andai Adi tidak turut serta, dianggap menjadi alasan pengguguran namanya oleh Kembara Studio untuk sama-sama diterbangkan ke malam gala di negara republik berkenaan. Namun seperti Adi, Johan juga sanggup memeriahkan acara berkenaan sekiranya mendapat jemputan pihak pengedar di Jakarta. Sumber KOSMO! ONLINE