Meskipun sering menerima kritikan, kakak kepada penyanyi Iman Troye mendedahkan karakter sebenar adiknya yang sangat penyayang melayani keluarga. Keperibadian penyanyi itu dapat dilihat menerusi sebuah video TikTok menunjukkan Iman, 19, sedang membetulkan posisi anak saudaranya yang tidur di dalam kereta untuk keselesaan. Menurut kakaknya, Ain Fatiha, pelantun lagu Teman itu merupakan individu yang berjiwa besar dan sangat kuat. “Kenapa rezeki awak murah sebab awak letakkan keluarga dahulu. “Bila kena kritik teruk dulu, awak selalu berpesan jangan risau,” kata Ain.
Bagi Ain, dia akan terus menyokong minat dan impian adiknya itu walaupun sering menjadi buah mulut warganet. Sempat berkongsi kisah, Ain juga meluahkan rasa tidak seronok menjadi sebahagian keluarga selebriti. Katanya, orang bebas untuk bercakap dan mengkritik tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Bagaimanapun tegasnya, semua kritik tersebut hampir kesemuanya tidak benar. Sementara itu, menerusi perkongsian Instagram Iman, dia kini dilihat sedang berjinak-jinak dalam aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR). Penyanyi lagu Teman itu juga turut meminta cadangan daripada pengikutnya mengenai tempat seterusnya untuk menjalankan kegiatan tersebut.
Rata-rata pengikut memuji sikapnya yang murni itu dan mendoakan kesejahteraan Iman. Terdahulu, penyanyi itu pernah terlibat dalam kontro versi merosakkan harta benda awam semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.