Tular pasal Pu Abu dengan bekas isteri, sekali Pu Abu tampil dedahkan punca sebenar yang ramai tak tahu

Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kembali menjadi bualan ramai selepas bekas isteri, Hana Azraa mendakwa masih diganggu biarpun sudah bukan sebagai suami isteri. Tampil memberi penjelasan menerusi siaran langsung di TikTok bersama isteri, Ain ‘Afini Latif, Abu menegaskan dia bertemu dengan sepupunya yang tinggal di hotel sama dengan Hana ketika berada di Tanah Suci.

Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan. Kata Abu, dia mengakui ada menghubungi ibu Hana tetapi atas urusan anak lelakinya, Mateen. Sebagai bapa, dia ingin mengetahui perkembangan Mateen memandangkan sedang berada di Madinah atas tuntutan kerja. Saya hubungi mak Hana sebab Mateen. Tangkapan skrin yang ditunjukkan Hana itu adalah mesej minggu lalu.

Dalam pada itu, Abu turut memohon maaf sekiranya perkongsian foto bersama isteri sebelum ini di Instagram (IG) menimbulkan rasa kurang senang. Saya tidak mengaibkan sesiapa. Sekiranya hantaran itu dianggap mengaibkan sesiapa, saya mohon maaf. Saya minta maaf dan insya-Allah perbuatan itu tidak akan berulang lagi. Kalau saya puji Ain, saya puji saja. Sebelum ini, Hana naik angin kerana mendakwa Abu masih mengganggu dan mengejar dirinya serta keluarga. Dakwa Hana, Abu masih belum ‘move on’ biarpun sudah berpisah talak tiga.

Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020. Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil. Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila berpisah talak kedua dan kemudiannya rujuk semula. Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga. Sumber, TikTok @beritahairanmy via OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.