Sampai ada yang samakan busana yang dipakai Neelofa dan Mira Filzah seperti ikan laga, Ini yang buatkan warganet geli hati

Umum ramai kenali dengan dua wanita popular ini. Selebriti popular, Neelofa dan Mira Filzah mencuri perhatian ramai apabila busana yang digayakan dalam program Next To Neelofa disamakan seperti ikan laga. Perkara itu dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.

Komen peminat pula, “Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya,” tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn. Perkongsian MeleTOP itu menggeletek hati ramai pengikut termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri. “Hahahahaha, Berdosa tak kalau gelak? ,” tulis Radin “Hahahahahahaha i pun gelak,” jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin. Rata-rata peminat begitu terhibur dan mengaku kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga. Sumber, harian metro

Usahawan dan selebriti popvlar, Noor Neelofa memuat naik lampiran foto kandidnya bersama Datin Lisa Surihani menerusi platform Inst.gram, baru-baru ini. Mereka bertemu dan Neelofa menemubual pelakon itu di dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua yang menyaksikan Lisa sebagai tetamu undangan bagi episod yang pertama. Malam ini, 10 malam di Astro Ria,” tulis Neelofa ringkas pada ruangan kapsyen.

Perkongsian yang sudah pun menerima lebih 56,000 tanda suka itu turut disusuli dengan komen peminat yang rata rata memuji penampilan selebriti itu. “MasyaAllah… Cantiknya dua-dua. Lisa cantiknya. Nampak bersederhana.“MasyaAllah looking so pretty. Love both.” Kenapa cantik sangat dua-dua ni. MasyaAllah cantik sangat lah Ummi Bilal ni. Dua-dua cantik sangat.” Sementara itu, Neelofa menerusi Mel3T0P minggu lalu ada berkongsikan pengalamannya di dalam mengendalikan program bual bicara berkenaan.

“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi. Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya. Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.

“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa. Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya. Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.

Next To Neelofa musim kedua bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Selain Lisa, Next To Neelofa musim kedua turut mengundang antaranya Diana Amir, Puteri Sarah Liyana dan Ziana Zain bagi berkongsi mengenai perjalanan hidup serta kerjaya masing-masing. Sumber, Media Hiburan