Sampai pernah dikejarkan ke hospital kerana hasilkan sebuah konten, Kini pengikut Cikidot cecah 1.17 juta

Umum ramai kenali dengan youtuber popular ini. Amri kongsi perjalanan Cikidot sebelum dikenali ramai. Youtuber Amri Aziz mendedahkan dia pernah menukar baju di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) ketika di awal kemunculan bersama dua orang sepupunya iaitu Ecah Daud dan Zarol Zarif demi menghasilkan konten YouTube mereka.

Kata Amri, sepupunya Ecah turut terpaksa berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur menaiki bas ekspres semata-mata untuk berkumpul demi mengembangkan saluran YouTube mereka iaitu Cikidot. “Masa awal-awal dulu Ecah terpaksa ulang-alik dari Johor naik bas dari Johor bahkan terpaksa tukar baju di R&R semata-mata untuk menghasilkan konten,” katanya.

Tidak hanya itu, Amri berkata, mereka juga pernah dikejarkan ke sebuah hospoital akibat sakit perut selepas membuat sebuah video menyahut cabaran peminat.

Amri kongsi detik awal pembikinan saluran YouTube Cikidot.

Imbau Amri, ketika kejadian mereka mencuba kerepek hitam pedas namun perut mereka sakit sehinggakan Ecah mengalami muntah-muntah manakala Zarol terpaksa dibawa ke hospital. “Masa itu buat one chips challenge, kerepek hitam pedas… makan sikit perut terus kejang sampaikan Zarol terpaksa mendapat rawatan doktor manakala Ecah pula muntah-muntah,” kongsinya.

Dalam pada itu, Amri berkata, idea menghasilkan saluran YouTube selepas dirinya berulang kali ditolak ketika menjalani uji bakat sebagai pelakon. Malah kata Amri, sejak 2016 dia sudah mencuba nasib sebagai pelakon namun rezeki belum menyebelahinya. “Sejak 2016 selalu kena reject setiap kali pergi uji bakat dan daripada situ tercetusnya idea nak buat YouTube bersama dua sepupu.

Cikidot gabungan tiga saudara.

Luahnya lagi, tak sangka pula bila buat menjadi dan mendapat sokongan ramai,” katanya. Dalam perkembangan lain, Amri memb eritahu mereka bakal melancarkan single pertama tidak lama lagi dan ia sedang dalam proses rakaman. Untuk rekod, saluran Cikidot mempunyai 1.17 juta pengikut di YouTube. Sumber, mstar