Pelakon, pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran anak tercinta iaitu Ariq Matin. Menerusi laman sosial Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memuat naik beberapa gambar bersama anak tercinta untuk tatapan umum. Menurut Shuib, genap 20 November 7 tahun lepas, lahirnya seseorang yang diberi nama Ariq M4tin, dan dia berharap semoga anak ketiganya itu menjadi anak yang baik, anak yang soleh di dunia dan juga di akhirat.
“Hari ini 20 Nov 2022, 7 Tahun lepas, Lahirnya seorang yg bernama Ariq Matin. Semoga jadi anak baik, anak soleh dunia dan akhirat. Anak manja daddy dan Ibu @sitisarahraissuddin Anak kita semakin besar,” tulis Shuib di ruangan kapsyen. Shuib juga difahamkan telah mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya itu, dengan bertemakan Digimon Adventure yang merupakan siri animasi popular dari Jepun. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 99.6k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Ariq Matin. Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada Februari 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq matin, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun. Komen warganet:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, instagram shuibsepahtu. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.