Terharu dengan sikap Elly Mazlein, Tom GV9 tampil ucap terima kasih

Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom terharu dengan kesantunan serta cara pengacara Elly Mazlein memberikan sokongan kepada setiap peserta terutama ketika peringkat penyingkiran. Kata Tom, Elly atau lebih popular disapa Kak Lina menjadi individu yang membk.r semangatnya dan memulihkan rasa dukanya apabila di pentas.

“Terima kasih selalu sokong, peluk dan selalu pegang tangan Tom. Tom selalu rasa sokongan dari Kak Lina setiap kali di pentas GV9. Tom rasa akak berdiri sebelah rasa macam akak teman dan rasa akak support Tom dalam diam. Tom dapat rasa perasaan itu. Bila Tom dikomen dan kritik, Tom rasa kuat sebab akak ikut teman Tom. Tom sayang Kak Lina,” coretnya menerusi hantaran di Instagram.

Perkongsian Tom itu turut menyentuh hati peminatnya yang ikut sama merasai kesedihan dan setiakawan Tom dan Elly. “Akak pun perasan Kak Kepok selalu jadi pembkar semangat Tom. ” Betul, minggu pertama hingga Tom tersingkir memang Kak Lina sentiasa teman Tom. ” Masa Tom keluar pun Kak Lina nampak sebak. “Elly ni memang sisi sebenar dia seorang pelindung dan orang yang sesuai untuk kita luah perasaan dan tenteramkan orang yang down,” tulis beberapa pengguna lain di Instagram Tom.

Minggu lalu rezeki tidak berpihak pada Tom apabila menjadi peserta keempat tersingkir selepas Roy Kapilla, Haida Hasnan dan Pat Candy. GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku penaja bersama. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini. Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu. Sumber, Gempak