Berjaya pertahankan Muar, kini Syed Saddiq ucapkan terima kasih pada rakyat Muar

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya pertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Saddiq menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram dan Twitter miliknya juga merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi peluang kepada beliau untuk kembali berkhidmat.

“Terima Kasih Muar kerana memberi peluang untuk kembali berkhidmat untuk anda semua. Saya terhutang budi kepada seluruh Rakyat Muar. Ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan mutlak untuk berkhidmat kepada anda semua. Demi Muo,” tulisnya.

Terdahulu, keputusan itu menyaksikan Syed Saddiq memperoleh sejumlah 19,961 undi tinggalkan calon dari Perikatan Nasional (PN), Abdullah Husin, 18,616 undi serta calon Barisan Nasional (BN) Mohd Helmy Abd Latif yang meraih 14,581 undi.

Saddiq juga dilihat memperoleh majoriti undi sebanyak 1,345 sekali gus menyaksikan beliau mempertahankan Muar bagi penggal kedua. Sebelum ini, Saddiq yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 yang lalu menewaskan penyandang kerusi ketika itu, Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi. Sumber, Gempak

Sampai ada pelajar yang didapati menjual peranti elektronik bantuan kerajaan, Sekali ini respon marah dari Syed Saddiq

Memang umum kita ketahui dengan bantuan peranti elektronik dari kerajaan ini. Tular di media sosial tindakan seorang pelajar menjual Peranti Siswa yang diperolehi selepas dirinya telah pun mempunyai gajet yang lebih mahal dan menerima kritikan warganet kerana alasan yang dikatakan tidak munasabah. Difahamkan pelajar itu membuat jualan gajet yang diperoleh dari bantuan kerajaan menerusi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia secara atas talian di sebuah laman web namun hasil tinjauan orang ramai mendapati iklan tersebut telah dipadam.

Bukan itu saja, turut ada juga pelajar lain yang sanggup untuk menjual Peranti Siswa semata-mata untuk tukar gajet kepada yang lebih canggih dengan alasan untuk kegunaan belajar. Perkongsian itu menjadi topik hangat di Twitter selepas rata-rata pengguna mengkritik tindakan pelajar tersebut dengan mengatakan dia seorang yang tidak bersyukur.

Komen warganet

‘Pulangkan jika tidak lagi memerlukan’

Disebabkan itu, Isu yang tular sejak awal minggu ini turut mendapat perhatian dari YB Syed Saddiq yang menegaskan bahawa tindakan tersebut sangat tidak berintegriti kerana ada pelajar lain yang lebih memerlukan bantuan gajet berkenaan. “Janganlah jual. Kerajaan dah bagi untuk guna dan ramai lagi yang memerlukannya. 1/3 pelajar di Malaysia tiada gajet. 1/2 pelajar di Sabah dan Sarawak pun tiada.” Malah, ujar beliau dalam satu hantaran di Twitter mengatakan bahawa sekiranya tidak lagi mahukan Peranti Siswa atau berkemampuan untuk mendapat gajet yang lebih canggih, pelajar boleh untuk pulangkan semula agar dapat beri peluang kepada mereka yang lebih memerlukan. Sumber, oh bulan

Kuala Lumpur: “Kepada keluarga Muo (Muar) yang disayangi, tugas rasmi saya penggal ini sebagai Ahli Parlimen anda telah tamat. Saya telah buat yang sebaik mungkin untuk semua,” kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sambil melampirkan beberapa keping gambar dalam paparan di Facebook (FB), beliau yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) turut menyatakan keinginan untuk berkhidmat sekali lagi sebagai wakil rakyat jika diberikan mandat. “Insya-Allah, kalau diberi mandat, saya ingin berkhidmat lagi. Yang berkhidmat, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,” katanya di FB sejurus pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Terdahulu, menerusi siaran langsung televisyen dan platform media sosial Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengumuman khas itu disiarkan secara langsung menerusi beberapa televisyen tempatan pada 3 petang hari ini, selepas memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Katanya lagi “Dengan ini dimaklumkan, bahawa tengah hari semalam, saya telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14. “Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke 14 dibubarkan pada hari ini (Isnin 10 Oktober 2022),” katanya dalam pengumuman khas berkenaan perkara itu hari ini. Sumber, harian metro