Tegur tindakan founder yang ambil gambar produk di depan kaabah, Sekali ini luahan PU Rahmat

Disebabkan sikap segelintir ‘founder’ yang menggunakan kaedah promosi produk di hadapan Kabaah sebagai salah satu kaedah pemasaran, pendakwah bebas, PU Rahmat terpanggil untuk memberi teguran.

Ibarat tunggang agama

PU Rahmat menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir usahawan yang terlibat dengan ‘teknik’ pemasaran sebegini dan meminta agar kaedah seperti itu dihentikan serta-merta. “Wahai Founder Produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat marketing. Berhenti bawa produk kamu ke dalam Masjidil Haram.”

‘Semoga bisnes kamu lingkup’

Malah, PU Rahmat turut sertakan potongan hadis yang mengatakan sekiranya seseorang itu menjual produk di kawasan suci, ianya tidak akan mendatangkan untung kepada mereka. “Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya; Semoga bisnes kamu lingkup wahai founder produk yang menggunakan rumah Allah sebagai alat dagangan.”

Perkongsian itu setakat ini telah mendapat ratusan komen dari warganet yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan PU Rahmat dan mengharapkan agar pengusaha-pengusaha lain dapat menjadikan teguran tersebut sebagai pengajaran. Sumber, Oh Bulan