Ustazah Afifah dedah ini yang bakal berlaku bila terlalu banyak minum susu, ramai tak percaya dan ini komen warganet

Selepas kecoh isu suami d.4yus benarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki, pendkwah bebas viral Ustazah Siti Afifah kembali mencuit perhatian warganet lagi. Kali ini menerusi sedutan ringkas videonya bercerita tentang minum susu. Kata Ustazah Afifah, apabila seseorang individu meminum susu terlampau banyak boleh mengundang jngkitan kutu.

“Kadang-kadang bila kita minum susu terlampau banyak, salah satu dia akan mengundang kutu. Ramai yang tak tahu,” ujarnya dalam sepotong rakaman yang dimuatnaik di TikTok. Rakaman yang dikongsikan sekitar 14 Oktober lalu itu kembali mendapat perhatian ramai malah ada yang memberikan respon terhadap kenyataan terbabit.

“Kejap pakar makanan, kejap ustazah, kejap doktor… Anak aku minum susu tak ada pula kutu. Puan jangan bagi info tergantung. Pencerahan tentang kutu. Kutu apa? Baru tahu. Sebelum ini saya tahu minum susu buat badan sihat. Dah tu baby nak makan apa selain susu?” demikian tulis beberapa pengendali media sosial di akaun TikTok Ustazah Siti Afifah. Sumber, Gempak

Dedah telahpun memaafkan semua orang, sekali ini respon Ustazah Afifah

Pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin tampil mengatakan bahawa dia sudah memaafkan mereka yang mengkritik dan mengkritik dirinya berikutan dua kenyataan yang dibuat baru-baru ini.

Ramai salah faham

Ramai salah faham dengan kenyataan saya sebab hanya menonton rakaman pendek yang sudah disunting hingga menjadi tular. Orang nak kata apa, tak apa. Orang kita tak faham. Kita nak sampaikan pada manusia. Biarlah mereka nak marah pada saya, yang penting bukan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak.

Suami adalah guru yang banyak mengajar saya soal agama. Suami saya bukan biasa-biasa. Begitu juga bapa dan datuk saya. Mereka semua orang beragama. Mungkin kerana drh yang mengalir itu membuatkan saya nak saya tahu lebih mendalam mengenal agama Islam.

Sebelum ini, Ustazah Afifah menarik perhatian warganet kerana bercakap soal suami yang membiarkan isteri bersalin disambut doktor lelaki sebagai d.yvs dan bersalaman dengan artis boleh hilangkan roh atau jiwa. Berikutan daripada itu, rata-rata warganet, selebriti dan pendkwah yang lain meluahkan rasa kurang senang dengan apa yang dibicarakan oleh dirinya di media sosial. Ujar Afifah, dia tidak marah malah sudah memaafkan mereka yang mengkritik dirinya.

Manusia ada akal

Saya mudah, tak perlu marah kepada orang awam, kerana saya anggap mereka tak tahu tapi mereka pasti akan faham apa saya perjuangkan ini suatu hari nanti. Saya maafkan mereka. Moga Allah ampuni dan ketuk pintu hati mereka. Manusia ada akal. Biar Allah bukakan pintu hati mereka. Tambah Afifah lagi, tindakan berkongsi perkara itu pada sesi siaran langsung di TikTok bukan bertujuan mencipta nama dan mengejar publisiti.

Saya bukan kejar duit dan glamor. Ini tanggungjawab saya untuk bersuara buat wanita yang tidak mampu. Berapa ramai wanita yang trauma melalui situasi memalukan begitu ketika bersalin? Saya bukan nak bisnes dengan menggunakan agama. Ini memang cara saya dalam berdkwah. Saya cuma takut pada Allah sebab saya ada anak, cucu, cicit dan keturunan. Biarlah manusia ktvk kita, sebab itu tanda Allah sayang dan dekat dengan kita. Bagaimanapun, dia berkata, masih ramai yang membela dirinya dengan menghantar mesej kata-kata semangat. Sumber, Harian Metro