Dedah foto anak keduanya, kini Anzalna Nasir dedah ramai yang samakan wajah anaknya dengan Presiden Rusia

Pelakon, Anzalna Nasir dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai anak keduanya, Mohamad Emirhan yang kini sudah menginjak usia enam bulan.

Ramai Samakan Wajah Emirhan Dengan Presiden Rusia?

Menurut Anzalna, ramai yang menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin. “Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby. Kemain orang samakan rupa dengan president! Hahahaa.”-Tulis Anzalna

Cetus Rasa Teruja Peminat

Rata-rata warganet meluahkan rasa teruja melihat kecomelan cahaya mata kedua Anzalna, malah ramai yang bersetuju wajah Emirhan mirip Presiden Rusia. “Betul macam Presiden Rusia puan. Tapi ni versi comel. Geram tengok muka dia.“😂😂😂😂 Comel apa. Kecik-kecik dah president. “Putin masa kecik ke nie 😂😂😂😂😂😍. “Kenapa baby ni cute gila dowh putih handsome uish 😍😍😍❤️❤️❤️❤️.”

Sekadar info, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki telah berkahwin pada Februari 2016. Pasangan ini juga mempunyai dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan. Sumber, Murai.my

Enggan anak dibesarkan oleh orang lain, Anzalna Nasir dedah ini puncanya tidak berlakon drama

Sanggup menjaga sendiri dan enggan anak-anak membesar di tangan orang lain menjadi sebab pelakon Anzalna Nasir tidak terlibat dengan projek drama. Ujar Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir, 34, tidak kira sama ada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah ataupun tidak, tugas menjaga anak-anak tetap dilakukan sendiri bersama suami.

“Ada pembantu rumah atau tak, tugas menjaga anak 100 peratus pada saya dan suami. Tak mahu anak membesar di tangan orang lain. Punca kenapa saya tak berlakon drama,” katanya. Pada masa sama, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu mengakui, menjaga anak-anak sehingga terpaksa meng.0rbankan waktu tidur setiap hari disifatkan sebagai satu kepenatan yang memuaskan. Segala kepenatan dilaluinya berbaloi kerana bagi Anzalna, dia dapat melihat kedua-dua anaknya membesar di depan mata sendiri.

“Saya masih suka bergelar seorang ibu. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak. Paling seronok, bila mereka dah besar nanti boleh cerita ragam dari bayi sampailah ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka,” katanya.

Malah, Anzalna mengakui pengalaman membesarkan sendiri dua anaknya memberi cabaran tertentu tetapi dia sangat mengagumi semangat ibunya yang menjaga dia dan empat adik-beradiknya yang lain tanpa pembantu. “Anak dah dua ni kecoh juga! Baru dua orang tau. Kadang terfikir macam mana mak saya dan ayah jaga kami lima beradik tanpa pembantu. Hebat!” ujarnya. Anzalna yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 2016 dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang dilahirkan pada 20 Mei lalu. Sumber, K!Online