Ganti Ernie Zakri, Wani Kayrie dah dapat jangka akan kena kritik dengan warganet

PENYANYI Wani Kayrie tidak mudah melatah terhadap kritikan dilemparkan kepadanya apabila ramai tidak berpuas hati dia bakal menyanyikan lagu Berakhirlah Pencarianku di pentas separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37). Wani atau Syazwani Abdullah, 22, sebaliknya sudah mempersiapkan diri ketika diberikan tugasan tersebut dan menganggap kritikan sebagai cabaran membuktikan diri. “Saya dah siapkan mental awal-awal apabila baca komen warganet dan saya anggap ia sebagai cabaran untuk buktikan diri dengan membawa lagu berkenaan dengan cara tersendiri.

“Saya tidak akan menjadi Ernie Zakri… kalau ada orang hendak kritik dan buat perbandingan itu terpulang malah mereka berhak berbuat demikian,” katanya kepada mStar. Terdahulu, ramai melahirkan rasa tidak puas hati apabila penyanyi asal lagu tersebut Ernie Zakri dan Haifz Suip tidak akan menyanyikan lagu berkenaan di SFMM37. Sebaliknya ia digantikan dengan Wani dan Ahmad Syafiq menerusi lagu ciptaan Ikhwan Fatanna, Wan Saleh dan Datuk A. Aida. Dalam pada itu, Wani mengakui walaupun sudah bersedia dengan kritikan namun sebagai seorang manusia biasa hatinya tetap terguris apabila ada menggelarnya sebagai artis sendu.

Tidak hanya itu, dia turut terasa hati apabila ramai mengkritik kemampuan vokalnya bagi menyampaikan lagu berkenaan. “Mula-mula tak rasa terbeban dengan kritikan warganet tapi ada rasa sedih apabila orang komen kenapa artis sendu dan BBNU yang bawakan lagu ini. “Bagi saya mungkin mereka tidak kenal saya tetapi komen sedemikian sedikit sebanyak ada menggores hati saya,” ujarnya. Berkongsi keterjuaan membawa lagu tersebut, Wani berkata, pada awalnya dia tidak percaya diberi peluang tersebut apabila dimaklumkan pihak pengurusannya.

Kata Wani, dia sedar risiko yang besar menanti dirinya apatah lagi Ernie terkenal dengan kemantapan vokalnya. “Saya memang gementar gantikan Ernie malah pada awalnya saya tak percaya apabila dimaklumkan perkara itu oleh pihak pengurusan. “Insya Allah saya akan buat yang terbaik di SFMM37 nanti,” ujarnya. Kredit, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.