Yasmin Hani dedah dirinya lebih mementingkan kebersihan daripada memasak, Akui lebih rela berlapar janji rumah bersih

Umum memang ramai kenali dengan pelakon wanita ini. Pelakon dan pengacara, Yasmin Hami mendedahkan bahawa dia sangat mementingkan kebersihan rumah dan mengakui hanya akan memasak apabila perlu sahaja.

Pentingkan kebersihan

Ketika ditemui OhBulan!, Yasmin menegaskan bahawa dia bukanlah tidak gemar memasak, namun hanya memasak menu-menu yang asas dan mudah sahaja. Saya seorang yang suka outdoor dan mengemas. Kalau memasak, saya rasa basic saja boleh sebab pada akhirnya saya tanya diri sendiri, saya nak rumah bersih ke nak dapur berasap tapi rumah kotor berlemuih?

Ujar pelakon berusia 43 ini lagi, dia tidak kisah jika perlu berlapar kerana mementingkan kebersihan rumah dan hanya akan memasak apabila perlu. Saya sanggup berlapar asalkan rumah saya bersih. Nombor satu pada saya adalah kebersihan. Saya suka masak bila saya nak sahaja.

Dalam perkembangan terkini, Yasmin menjadi hos dalam program realiti masakan terbaharu di TV9, Dapur Tempur. Program realiti Dapur Tempur ini menampilkan selebriti terkenal Sheila Rusly dan cef selebriti Chef Adu Amran menggalas tugas sebagai juri tetap.

“Kena marah bila masuk dapur”

Bukan itu sahaja, Yasmin sempat berkongsi kisahnya ketika masih kecil apabila sering dimarahi kerana masuk ke dapur memandangkan dirinya merupakan anak bongsu. Susulan itu, pelakon filem Duyung ini memilih untuk mengemas rumah. Saya fikir balik dan berdoa ‘ya Allah, tolonglah buka hati saya untuk suka memasak, suka tau bukan pandai masak’.

Allah makbulkan dengan maid saya lari. Jadi sekarang ni saya minta doa untuk minat memasak, zapp saya dapat peluang jadi host untuk program masakan. Dapur Tempur bakal bersiaran sebanyak 8 episod akan menemui penonton bermula 3 November 2022, setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9 dan juga melalui strim langsung secara HD di www.tonton.com.my. Setiap episod juga menampilkan juri-juri jemputan antaranya Nana Mahazan, Ayda Jebat, Afifah Nasir, Naim Daniel, Ropie, Sissy Imann, Bell Ngasri dan Michael Ang. Sumber, oh bulan