KEMELUT membabitkan pelakon Izreen Azminda dan Intan Liana Saleh nampaknya masih belum berakhir biarpun kedua-duanya sudah bahagia dengan pasangan masing-masing. Terbaharu, Intan dan bekas suami iaitu Ude Wahid dan Izreen dilihat berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit. Mahu menyelesaikan kemelut itu secara baik, Izreen atau Izreen Azminda Aznam, 39, menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Intan bagi mengadakan perbincangan.
“Jom kita sembang sama-sama okay tak? Nak bincang elok-elok. Datang dengan cara elok. Kita pun layan elok. Jangan datang macam taiko ikan masin. “Sebab bapa aku saksi malam tu, lagi pun dah lewat anak-anak nak sekolah. Kali ni jomlah kita jumpa. Aku rekod siap-siap supaya tak ada putar belit cerita. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan,” katanya. Izreen berkongsi luahan hatinya itu menerusi satu muat naik di Instastory pada Rabu. Izreen dipercayai menulis status itu bagi membalas kenyataan Intan atau Intan Liana Saleh, 38, sebelum ini yang mendakwa aktres berkenaan telah menganggu hidupnya.
Sebelum itu, Intan terlebih dahulu menulis luahan hati di Instastory berkongsi rasa kurang senang dengan tindakan seseorang yang masih mengganggu dan mengugutnya. “Kau nak apa sebenarnya eh. Aku ada kacau hidup kau ke? Sekarang ini aku dah kahwin pun tak habis-habis lagi sibuk hal aku. Malah, kutuk suami aku. Orang tanya aku kenapa tak maafkan? Sebab apa? Sebab cerita di sebalik tabir yang orang tak tahu aku hadap. “Hal peribadi aku yang tak ada kena mengena setitik pun dengan dia yang dia sibukkan mengugut aku tak sudah-sudah,” jelasnya. Dalam pada itu, suami kepada Izreen iaitu Ude atau Muhamad Radzi Abdul Wahid, 35, turut memberitahu bahawa individu berkenaan tidak membalas WhatsApp yang dihantar. “Itulah yang sebenarnya. Ajak settle depan-depan tak nak. WhatsApp tak balas. Tahu-tahu up dekat Instagram (IG). Memang suka expose masalah ke macam mana. “Sudahlah, jangan nanti dok bising-bising dekat IG tiba-tiba Allah buka aib kau baru masa tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi,” katanya.
Pelakon, Izreen Azminda baru-baru ini ditemu bual pihak Melodi mengenai isu didakwa demand job dan kes tikam belakang. Isu yang dibangkitkan ini jadi hangat semula selepas dikongsikan semula di TikTok oleh seorang pengguna. Melalui temubual itu, Izreen menjelaskan bahawa dirinya lebih memilih untuk terima job yang tidak mengambil masa yang lama untuk penggambaran memandangkan dia memerlukan lebih masa untuk bersama dan menjaga keluarga. Selain itu, menjawab isu tkm belakang serta individu yang ingin menjatuhkannya, Izreen memberitahu zaman-zaman bertengkar sudah pun berlalu, asalkan tidak melampaui batas.
Wartawan turut bertanya status panas di media sosialnya, pelakon tersebut berkata dia menulis status tersebut secara general dan seandainya ada individu terasa, itu terpulang kepada mereka. Dalam pada itu, dia berkata ada kenalannya cuba memporak perandakan keadaan sekeliling tetapi Izreen sama sekali tidak mahu membalas kejahatan yang dilakukan dan sedia untuk berbaik selagi rahsia yang dipegang olehnya tidak terbongkar. Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan Saleh pada 1 Mac 2013 dan berpisah pada 22 Mac 2018.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5. Izreen dan Ude pula mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2. Kredit: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.