Syamsul nyatakan hasrat nak berdamai, tapi ini pula tindakan terbaru dari Puteri Sarah

Isteri pertama pengarah Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perpisahan selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah. “Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perpisahan,” katanya ringkas kepada Harian Metro. Ditanya mengenai kenyataan Syamsul dalam laporan muka depan Harian Metro hari ini, Puteri Sarah mengaku segala persoalan sudah dijawab sebelum ini.

“Semua dah dijawab,” katanya. Terdahulu, dalam temubual eksklusif bersama Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang. Syamsul Yusof minta warganet jangan jadi batu api. Berdepan kemelut rumah tangga yang bagai tiada kesudahan, Syamsul Yusof mengingatkan warganet supaya jangan menjadi batu api dengan memburukkan lagi keadaan. Kata pengarah kontroversi itu, campur tangan pihak luar yang memberikan pelbagai komen seakan menggalakkan dia dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Kamaruddin berpisah.

“Mohon semua doakan yang terbaik. Tidak rugi mahupun untung jika anda mendoakan kami sekeluarga. “Mohon juga warganet untuk tidak menjadi batu api seolah-olah mahu kami berpisah,” katanya menerusi video dalam Instagram. Bapa kepada dua cahaya mata itu dalam perkongsian tersebut juga mengakui kesilapannya yang memberi tempias terhadap insan terdekat iaitu Puteri Sarah dan isteri keduanya, Ira Kazar. Justeru, Syamsul sedia menjadi tempat warganet meluahkan kemarahan atau perasaan geram yang dicetuskannya itu terhadap dirinya sahaja. “Saya tidak mahu anda (warganet) marah atau memberi tohmahan dan apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya, Sarah dan Ira.

“Jangan kata benda tak elok kepada mereka. Kalau nak kutuk atau hina sekali pun, sayalah orangnya. Kutuk saya sebab saya yang buat keputusan ini,” katanya lagi. Perkongsian dibuat Syamsul malam tadi adalah bagi membalas persoalan Puteri Sarah yang mendedahkan dia masih menyekat nombor isteri pertamanya itu hingga ke hari ini. Semalam, aktres itu meminta dirinya dilepaskan berikutan tindakan Syamsul yang didakwa tidak selari dengan kenyataan dibuat pada Jumaat minggu lalu. Selain mendedahkan sudah menikahi wanita yang sebelum ini dipercayai mempunyai hubungan dengannya sejak empat tahun lalu, Syamsul turut meminta Puteri Sarah pulang.
Pergolakan rumah tangga membabitkan tiga individu dikenali ramai itu terus hangat dan menjadi topik bualan serta paparan media sampai sekarang.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.