Ramai yang tanya macam mana Rayyan boleh pandai, Elfira Loy tampil kongsikan tips untuk ajar anak

Pelakon, Elfira Loy mengakui ada menerima soalan daripada peminat mengenai perihal anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilihat pintar meski baru mencecah usia hampir dua tahun. Kongsi Elfra, setiap ibu bapa kena memainkan peranan penting demi perkembangan anak-anak. Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy memberitahu sebagai penjaga, harus mengikuti panduan yang baik selain tidak menjadikan tahap kepandaian anak orang lain sebagai penanda aras. “Semalam, el dapat banyak sangat soalan .”Macammana Rayyan boleh pandai, kenapa anak saya tak pandai lagi.” “First of all, saya minta maaf kalau video video rayyan buat awak stress & insecure.

“Jangan jadikan semua info baby lain sebagai benchmark tapi more kepada guidelines. Kita kena focus pada setiap benda baru anak kita buat. Babies are smart. “Rayyan cakap nak poo poo pun dengan kata ” ball ” pun i dah rasa pandai sangat. Dia minum susu pun, i dah ” cleveeer boy,” tulisnya. Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun ini menyarankan kepada ibu bapa untuk sentiasa berkomunikasi bersama anak dengan cara yang betul. “El memang tak ajar pun Rayyan Alphabets & Numbers lagi. Cuma banyak ajak dia play & communicate. Setiap kali tunjuk barang tu sebut nama. “Bukan tuuu, niii. Mesti sebut Milk, dog, cat, lama-lama main toys dia yang banyak animals tu tetiba sekali gus dia boleh sebut.

“Kiteorang pun amaze. Ni pun after sekali tengok youtube Abc tu terus dia boleh sebut. I think words lagi susah dari ABC. “So bila dia dah kenal animal, dia dah boleh ikut the alphabet tu. Masa tu akan tiba okay mommies. Step by step. “Selalu kiteorang tanya Dr je, setiap kali checkup, dr dah pesan ” Next appointment Rayyan dah kena pandai gabung two words” okay kita cuba lah cakap two words two words. Have fun mommies, have fun!,” tulisnya. Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anak pertamanya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.

Kredit, ttk. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kekal tenang walaupun ketika bersalin, sekali Elfira Loy jelaskan kenapa tersenyum walaupun tengah teran. Pelakon Elfira Loy dipuji warganet kelihatan tenang dan cantik ketika melahirkan anak keduanya pada 20 Mei lalu. Pujian itu diberikan selepas Elfira menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik video saat melahirkan puterinya Nur Aria Mikayla. Video yang dikongsi oleh Elfira sendiri itu memperlihatkan momen dia melahirkan Aria Mikayla selepas ramai yang meminta tips bersalin. Rata-rata memuji Elfira kerana masih boleh kekal tenang malah boleh tersenyum semasa melahirkan anak. Malah ada yang cemburu melihat Elfira tetap nampak cantik.

@Queennelvina88: Masya Allah cantek dan tenang aje wajah elfira ni smpat senyum lagi..slm syg dri brunei. @norshafikah: wehh tenang g.1la . aku mcm nk tercabut besi katil. @ayinnnnn: comel ja ,masih boleh senyum. Sementara Elfira dalam kapsyennya berkongsi kelebihan pengambilan epidural sewaktu bersalin. “El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat dan El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm,” kongsinya. Elfira juga sempat menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu bersalin itu.

“Dalam klip ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah,” tulisnya. Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla. Sumber, Gempak Elfira Loy kongsi foto anaknya bersama anak Mira Filzah, Sekali ini pula komen lucu warganet.

Siapa tak kenal dengan dua pelakon comel jelita ini. Baru-baru ini pelakon Mira Filzah telah mengadakan majlis aqiqah buat putera sulungnya, Wan Khair Amir. Pada majlis tersebut, Mira dan suami, Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah putera mereka kepada umum selepas lima bulan dilahirkan. Sementara itu, dilihat juga beberapa rakan selebriti turut diundang ke majlis berkenaan termasuklah pelakon Elfira Loy bersama suami, Muhamad Faris Khairol Anuar dan sepasang anak mereka, Muhamad Rayyan Khala dan Nur Aria Mikayla.

Elfira menerusi hantaran di Instagram turut merakamkan beberapa foto pada majlis berkenaan bersama keluarganya dan keluarga Mira buat tontonan umum. Bagaimanapun, mencuri tumpuan apabila ada segelintir wargamaya ‘mengusik’ Elfira di ruangan balas dengan menyatakan dia ingin melihat kedua-dua pelakon itu ‘berbesan’. Usikan tersebut meminta Elfira menjodohkan puterinya dengan putera Mira Filzah. “Boleh berbesan ni, comel sangat dua-dua,” gurau seorang wargamaya. “Ok dah boleh tengok masa depan mereka, kira jadi lah kan Elfira,” usik seorang lagi warganet.

Untuk info, Elfira dan Faris Anuar selamat bernikah pada Januari 2019. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang lahir pada Oktober 2019, dan Nur Aria Mikayla yang lahir pada Mei 2022. Manakala pasangan Mira dan Wan Emir melangsungkan pernikahan pada September 2020 dan selamat melahirkan Wan Khair Amir juga pada Mei 2022. Sumber, gempak