Seperti juga mana- mana selebriti yang lain, Neelofa juga tidak ketinggalan untuk meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama buat permata hatinya yang sangat disayangi iaitu Muhammad Bilal. Walaupun hanya menjemput keluarga dan sahabat handai yang terdekat tetapi majlis yang diadakan itu tetap meriah kerana ianya adalah sambutan yang serba ringkas sahaja untuk meraikan ulang tahun kelahiran putra sulung neelofa dan penceramah bebas muhammad Haris.
Sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok iaitu suasana majlis sambutan ulang tahun itu dengan bacaan doa daripada imam dan apa yang menarik perhatian adalah Bilal yang sudah boleh berjalan, habis satu kawasan itu dia jelajah.
Bukan sahaja tidak duduk diam ketika bacaan doa itu tetapi Bilal mengambil peluang itu untuk jelajah sambil menolak tempat letak kek yang berada di depan neelofa, nasib baik kek itu tidak jatuh akibat tolakan bilal. Boleh tahan nak4l jugak kan bilal ni. Tak duduk diam.. Ketika dilihat pada ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan bilal yang memang montel sangat dan ramai juga yang mengatakan bahawa wajah bilal persis wajah jebat, iaitu anak kepada kakak neelofa. Klik sini untuk lihat video.
Komen Warganet:
Sumber, Komedi media. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Akhirnya terjawab teka teki warganet, tular video Neelofa tengah usap perut. KHABAR angin pengacara dan usahawan Neelofa sedang sarat hamil anak kedua semakin bertiup kencang dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat. Spekulasi berkenaan kembali hangat diperkatakan apabila Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sedang mengusap perutnya yang jelas kelihatan sedikit membesar semasa memberi ucapan pada majlis ulang tahun pertama kelahiran anak lelakinya, Muhammad Bilal menerusi sebuah video yang dikongsi di laman sosial TikTok.
Perkongsian tersebut sekali gus meraih perhatian ramai yang rata-rata percaya Neelofa sedang hamil dan cuba menyembunyikan kehamilan keduanya. Teruja dengan apa yang dilihat, bekas pengacara program MeleTOP itu dibanjiri ucapan tahniah termasuk doa daripada peminat yang berharap urusan kehamilan kedua Neelofa berjalan lancar. “Tahniah Bilal akan jadi abang. Perut Lofa dah nampak tu. “Semua ibu yang mengandung memang auto usap perut bila hamil. Harap-harap kali ini dapat bayi perempuan pula. “Dah nampak perut memang sah mengandung, takkanlah Lofa perut buncit pula,” antara komen warganet.
Setakat ini, perkongsian video itu meriah lebih 600,000 tontonan dan 24,000 tanda suka. Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Neelofa atau suami, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, berhubung perkara tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris berkahwin pada Mac 2021 dan Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari 2022. Kredit, Mstar.