Lepas Nabila Huda, kali ni giliran Sharnaz Ahmad pula sekolahkan heroin yang suka dekat suami orang

Tindakan pelakon baru yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam hubungan Aliff Aziz dan Bella Astillah telah mendatangkan kemarahan dalam kalangan pelakon-pelakon senior.Ini kerana heroin yang dikatakan menjayakan sebuah drama bersama Aliff Aziz itu ‘terlanjur cinta’ dengan suami Bella Astillah dan kerap menghubunginya. Sebelum ini, dapat dilihat pelakon Nabila Huda memberikan sindiran pedas kepada individu terbabit dengan mempersoalkan sama ada ingin menjadi pelakon atau pelac*r.

Disebabkan teguran itu mendapat liputan luas, ia telah membuatkan Sharnaaz Ahmad juga turut terpanggil untuk tampil memberi respon. Menerusi IG Story miliknya, Sharnaaz Ahmad yang juga dikenali dengan sikap lantang dan keberaniannya dalam membuat teguran dan mencurahkan pendapatnya menyatakan bahawa, pelakon yang menjadi punca kerosakan rumah tangga ini patut kena ban, tak kira lelaki mahupun wanita. “Setiap drama dia akan pergi kacau rumah tangga orang, memang mamps, orang macam ni (lelaki atau wanita) patut kena ban dari berlakon atau keluar TV.” Sebelum ini, Bella Astillah mendedahkan ada pelakon yang kerap menghubungi Aliff Aziz sehingga mengakui bahawa dirinya dah ‘terjatuh cinta’ dengan pelakon tersebut.

Bella dalam satu temubual sebelum ini menyatakan bahawa, tidak dinafikan bahawa dia risau kejadian sama berulang kembali, namun begitu Bella menyatakan bahawa Aliff Aziz ada ajak dia datang ke set penggambaran bersama. Dalam pada itu, Bella turut mempertikaikan intergriti pelakon tersebut kerana Bella sendiri pernah berlakon dengan suami orang, Zamarul Hisham tetapi tidak pernah menghubungi pelakon itu. Kredit, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.