Wak Doyok nekad nak kahwin dengan anak dara, tak sangka ini pula komen Iqbal buat ramai yang terhibur

Usia sudah mencedah 48 tahun, ikon fesyen Wak doyok mengakui sedang mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan bakal isteri. Wak Doyok berkata dia masih dalam proses mengenali dengan wanita tersebut dan sudah tentu mahukan hubungan yang kekal hingga ke akhir hayat. “Saya masih mengenali hati budi seseorang walaupun saya dan dia agak sibuk dengan kerja masing-masing dan dia orang biasa sahaja. “Kita nak kenal seseorang itu bukan hanya satu hari, lagi-lagi kahwin ni bukan malam tu atau esok sahaja, seronok biar sampai akhir hayat. Sampai dia boleh jaga kita dan bukan berkahwin sebab harta,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status yang menjadi pilihan wanita untuk menjadi bakal isterinya, Wak Doyok berkata dia mahukan wanita berstatus anak dara dan berusia 25 keatas. “Yang tentu anak daralah, 25 tahun keatas. Kalau muda sangat pun susah, kehidupan masih tak cukup, bila dah 28 ke atas tu dia dah cukup matang,” katanya. Sementara itu, Wak Doyok turut mendedahkan punca dia berpisah dengan bekas kekasih terdahulu dimana tidak mahu tinggal bersama ibunya. “Bekas teman wanita saya tak mahu duduk dengan mak saya. Saya jaga mak saya kalau saya tinggalkan dia seorang macam mana dia dah berusia sekarang. “Tanggungjawab lelaki adalah mak, kalau perempuan saya boleh cari banyak-banyak tak ada masalah, tapi syurga tu dekat mak saya, bukan dekat isteri saya. “Isteri syurga dekat saya, dia kena ikut cakap saya. Jadi saya nak seimbang. Kena tackle mak saya dulu macam mana,” katanya. Ini pula komen dari Iqbal.

Kredit, rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Wak Doyok, A Aida hanya kawan. Pelakon, ikon media sosial dan usahawan popular Wak Doyok menafikan ada hubungan istimewa dengan Penerbit Datuk A Aida, 52, yang heboh diperkatakan ramai ketika ini. Menurut Wak Doyok atau nama sebenar, Mohd Azwan Mohd Nor, 43, hubungannya dengan A Aida sekadar kawan baik dan tidak lebih dari itu. “Kami sudah kenal lama lebih sepuluh tahun iaitu sejak 2012. A Aida adalah mentor saya dalam dunia bisnes dan kami saling membantu antara satu sama lain. “Saya juga sudah menganggapnya seperti kakak dan hubungan kami sudah seperti adik-beradik,” katanya.

Mengenai kriteria pasangan hidup, kata Wak Doyok, dia memilih wanita yang lebih muda dari usianya. “Sebagai lelaki saya mahukan yang terbaik untuk soal teman hidup. “Kalau wanita itu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena dia. “Saya memilih wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas untuk dijadikan pasangan. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang,” katanya. Ditanya sama ada dia sudah memiliki kekasih, Wak Doyok mengakui dia kini sudah memiliki teman wanita.

“Kami baru kenal beberapa bulan dan dalam proses mengenali hati budi lagi. “Teman wanita saya itu orang biasa saja,” katanya. Bagaimanapun, kata Wak Doyok, dia perlu mendapat restu dari ibunya terlebih dulu mengenai hubungan mereka. “Sebelum ini, hubungan saya dengan beberapa teman wanita berakhir kerana mereka menolak untuk tinggal bersama ibu bila sudah berkahwin nanti,” katanya. Terdahulu, kemesraan Wak Doyok dan A Aida meraih perhatian warganet susulan video kemesraan mereka tular, baru-baru ini. Kredit, Hmetro.