Maryam luah rasa terkilan bila ada individu yang sakit hati bila dengar dia cakap bahasa melayu

Mesti ramai yang tahu bahawa Maryam ‘Duriankimchi’ merupakan warganegara Korea Selatan namun, dia tetap gigih untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia agar lebih senang untuk berinteraksi dengan pengikutnya. Bagaimanapun hari ini, Maryam telah memuat naik satu tangkapan direct message (DM) warganet yang dipercayai kurang senang mendengar influencer itu bercakap Bahasa Malaysia. Maryam tidak berdiam diri, melalui kapsyen posting tersebut, dia telah membidas kenyataan berkenaan dengan memberikan beberapa sebab yang munasabah terhadap kritikan yang diterima. Antara sebabnya adalah, Maryam baru sahaja menetap di Malaysia selama 2 tahun dan dia tidak mengikuti sebarang kelas Bahasa Malaysia secara formal.

“Saya dah duduk Malaysia 2tahun lebih.. saya cakap BM macam ni saya tak pernah ambil kelas bahasa atau pergi sekolah di Malaysia. Sebab saya suka belajar BM naturally. Itu sangat seronok dan senang ingat. Ramai orang cakap “you speaking BM make me annoying” “Better you speak English” You annoying ke apa itu bukan salah saya. Saya tak kesah. Tak tengok saya ke apa suka hati lah. Saya lagi selesa cakap BM daripada English. Orang cakap English akan bertambah dalam dunia. Tapi orang cakap BM? Saya boleh cakap BM dengan bangga walaupun saya tak pandai sangat. Apa saja awak cakap, saya akan tetap guna Bahasa Melayu.

Kalau tak nak dengar silakan BERAMBUS. Nota kaki: Sebelum betulkan bahasa orang, awak cakap melayu dulu. Ke awak bukan orang Malaysia.” – Kata Maryam. Namun, dia sama sekali tidak terkesan dengan kriktikan yang diterima kerana dia cukup bangga menggunakan bahasa ibunda suaminya itu berbanding Bahasa Inggeris. Tambahnya lagi, dia tetap akan menggunakan Bahasa Malaysia ketika bercakap bersama peminat dan kalau ada yang tidak suka, ia tidak menjadi masalah kepada Maryam.

Maryam juga sempat memerli individu yang tinggalkan komen itu supaya menggunakan Bahasa Malaysia dahulu sebelum bertanyakan satu soalan sinis jika individu tersebut adalah warganegara Malaysia. Terdahulu, pasangan Duriankimchi itu telah mendirikan rumah tangga di Korea Selatan pada 2019 dan pulang ke Malaysia pada tahun berikutnya. Sekurang-kurangnya dia confident cakap Bahasa Malaysia! Tahniah Maryam… Kredit, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ada yang mengutuk sebab bagi anak makanan frozen, tak boleh berdiam sekali Ryzal dedahkan sesuatu pasal Maryam yang ramai tak tahu. Menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil. Di Instagram, personaliti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi rutin harian isterinya iaitu Maryam tatkala menyediakan makanan buat anak sulung mereka, Rina. Bagi memastikan anak sulung mereka sentiasa sihat dan terjaga dengan baik sepanjang masa, Maryam akan memasak dan menyediakan makanan bayi setiap malam. Tidak kenal erti penat, Ryzal sangat kagum dengan isterinya sendiri. Ujar Ryzal, Maryam melakukan semuanya secara sendiri sejak waktu pagi hingga ke malam.

Beberapa hari lepas Maryam datang tunjukkan saya mesej seorang ni yang gelakkan Maryam bagi anak makanan frozen? Saya tengok setiap story Maryam dia reply seperti tiada sijil UPSR. Saya dah malas nak layan sebenarnya tapi tengok riak muka Maryam macam terasa seperti dia ibu yang tidak sayangkan anak bagi makanan frozen. Saya bagitahu Maryam orang macam ni dia nak perhatian saja, sebab Maryam tak pernah reply mesej dia rasanya. Saya minta Maryam block dia, Kalau dia disini, minta ‘unfollow’ kami. Maryam dari awal pagi sampai sebelum tidur, hampir semuanya dia buat untuk Rina sehinggakan diri sendiri tak terjaga. Makanan ‘baby’ tu Maryam buat tiap malam untuk makan esok pagi sampai makan malam. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi posting yang dikongsikan juga, Ryzal meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir individu memperlekehkan usaha yang dilakukan oleh isterinya. Jelas Ryzal, dia menasihati Maryam supaya ‘block’ kesemua akaun yang tinggalkan komen negatif terhadap mereka. Sehingga sekarang, Maryam tak pernah beli makanan ‘baby’ di luar, semuanya dia buat sendiri. Malah, ketika balik Kelantan, kami sanggup bawa Sterilizer, Baby Mattress, Food Processor dan barang lain hantar dengan kereta ke Kelantan khas untuk Rina. Kami balik naik flight sebab risaukan jarak perjalanan yang jauh kerana Rina. Seorang ibu akan faham Maryam dan apa kami buat demi anak. Di akhir posting, Ryzal menyatakan bahawa hanya seorang ibu yang akan faham perasaan Maryam dan apa yang mereka cuba lakukan. Sumber, https://news131media.com/