Kena kritik teruk dengan warganet sebab Masya Masyitah selamba je boleh makan udang dengan sotong hidup

Beberapa perkongsian semasa percutian penyanyi, Masya Masyitah di Bangkok, Thailand, yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Ini kerana, Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah bertindak menelan sotong dan udang yang masih hidup dengan penuh selera ketika berada di sebuah pasar malam di negara tersebut. Manakala di bahagian kapsyen hantaran itu, Masya mengatakan dirinya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu untuk menikmati haiwan laut itu secara hidup-hidup.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan Masya tidak kekok untuk menghabiskan sotong hidup itu sebaik saja ianya dihidangkan oleh peniaga di pasar berkenaan. Bagaimanapun, aksi berani Masya itu telah mendapat kritikan warganet kerana rata-rata mengatakan penyanyi berusia 23 tahun kurang peka dengan hukum agama. Malah, mereka turut risau sekiranya tindakannya itu menjadi ikutan orang lain terutamanya yang beragama Islam.

“Tindakan awak mengelirukan umat Islam yang lain. Orang mula bertanya “eh boleh eh makan sotong macam itu?” Astaghfirullah.. Bertaubat lah sis. Tidak hanya dengan itu, ada segelintir warganet yang menyelar perbuatan Masya dengan melabelkan dirinya sebagai seorang yang pengotor kerana makan haiwan yang tidak dicuci terlebih dahulu. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Penampilan terbaru dipuji ramai, kini Masya Masyitah kongsi foto terbaru di laman media sosialnya. Penampilan Masya Masyitah kini dipuji warganet. Selepas beberapa kali menerima kritikan kerana pemakaiannya, kali ini penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menarik perhatian warganet menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram. Dalam hantaran itu, Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, dipuji pengikutnya kerana mengenakan pakaian yang lebih sopan dan sempurna. Masya dilihat menggayakan sepasang dress labuh berwarna jingga dengan mengenakan hijab menutup dada. “I love you just the way you are,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Rata-rata warganet memuji penampilan Masya yang dilihat lebih sopan digayakan oleh seorang wanita berhijab. “Cantiknya Masya! Semoga baik sahaja dan dilindungi oleh Allah dalam setiap perjalanan. “Manis sahaja tengok Masya pakai pakaian macam tu, semoga istiqamah dalam melakukan kebaikan. “Nampak sopan sangat macam ni… macam ini barulah Allah pun suka. Nampak matang dan ayu,” komen warganet. Sebelum ini, Masya pernah ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk wanita bertudung. Fesyen Masya itu dikritik sewaktu dia berada di Dubai. Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak, Ceria Popstar pada tahun 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.