Selamba je boleh duduk tepi jalan sambil makan burger, Mat Salih ni siap bagi rating tinggi lagi

SEBUT sahaja tentang Malaysia, topik mengenai makanan pasti menjadi antara ‘modal’ yang sering dibualkan dalam kalangan pelancong. Bukan sahaja enak, tetapi harganya yang murah serta berpatutan membuatkan rata-rata pelancong jatuh cinta dan memuji makanan Malaysia. Begitu juga kisahnya dengan seorang pelancong dari Australia yang berkongsi pengalamannya menikmati burger jalanan ketika berkunjung ke Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @nicktravelstt, pelancong tersebut berkunjung ke sebuah gerai burger di Petaling Street dan kemudian memesan sebiji burger daging.

Mendengar perbualan ringkasnya bersama pemilik gerai burger yang dikenali sebagai Abang Boo’bo, dipercayai ia bukanlah kunjungan pertamanya ke gerai burger berkenaan. Malah gelagat pemilik gerai burger tersebut yang ceria dan peramah juga membuatkan pelancong itu tidak kekok bersembang. Tidak berapa lama menunggu, tempahannya disiapkan dan dia tanpa melengahkan masa terus duduk di tepi jalan untuk menikmati makanan itu ketika masih panas. “Trying a $1.50 Ramly burger in Malaysia. Rate 9/10. Thanks Boo’bo (Mencuba sebiji burger Ramly di Malaysia. Penilaian 9/10. Terima kasih Boo’bo),” tulisnya dalam video berkenaan.

Sehingga kini, video tersebut meraih perhatian ramai dan merekodkan leih 325,000 jumlah tontonan. Menyusuri ruangan komen, rata-rata warganet Malaysia melahirkan rasa bangga kerana pelancong berkenaan memuji kesedapan burger jalanan. Malah, ramai yang turut memberi rekomendasi pelbagai jenis burger dan makanan lain untuk dicuba oleh pelancong tersebut. “Sekeping daging tak cukup. Kena ambil dua keping yang special. “Selamat datang ke Malaysia. Awak secara rasminya ‘mendarat’ kerana merasai burger tepi jalan. “Awak tak boleh kata tidak kepada burger jalanan. “Dia terlalu Malaysia sebab lepak makan burger atas batas simen!” demikian antara komen warganet. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah akaun TikTok miliknya, pelancong tersebut turut merakamkan video dia menikmati pelbagai lagi makanan di Malaysia selain burger jalanan. Antaranya adalah roti canai, roti bakar, teh tarik, nasi lemak, milo dan roti milo. Malah dalam salah satu videonya, pelancong tersebut turut memberi markah 8.5 daripada 10 untuk Kuala Lumpur berbanding beberapa negara Asia Tenggara yang diberikan markah lebih rendah. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.