Nak cari model untuk 1 hari tapi nak bagi gaji rendah, butik baju ni teruk dikritik oleh warganet

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Ramai yang memilih untuk menceburi bidang peragaan atau modelling baik sepenuh masa atau sekadar job sampingan. Namun, ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan khidmat model-model ini dan membayar dengan kadar yang minima. Itu yang terjadi dalam sebuah group mencari bakat di Facebook, sebuah butik pakaian mencari model untuk memperagakan koleksi pakaian mereka namun hanya membayar dengan kadar RM 7 sejam dan bekerja untuk 5-6 jam. Perkara itu kemudian menarik perhatian seorang jurugambar yang dikenali sebagai Tengku Azri, dia telah menyatakan kegusarannya mengenai isu tersebut dan merasakan perkara itu amat tidak wajar.

“Model ni bukan robot tapi manusia. Kesian la diorang. Tolong la berperikemanusiaan sikit. Bayar la model tu ikut pengalaman diorang. Pekerja partime mcd lagi mahal tau dari RM7 sejam, ni bayar minyak atau naik grab pun tak lepas. Kalu ye pun invest la sikit. Aiyooo.. please la,” tulisnya.. Tengku Azri juga mengingatkan jurugambar di luar sana agar tidak meletakkan harga serendah itu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan sesi fotografi outdoor. Kesian model-model tu, dorang pun nak cari duit juga…Kredit, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Teringin Nak Tinggi Macam Model. 3 Senaman Ini Boleh Bantu, Janji Kena Buat Selalu. Anda ingin tubuh kelihatan tinggi? Pasti semua orang menginginkan tubuh yang sihat. Ada ketikanya tubuh tinggi yang dimiliki seseorang masih dianggap kurang pada diri apabila anda bertemu dengan orang yang jauh lebih tinggi daripada anda. Walaupun bentuk fizikal yang dimiliki wanita tidak sama dengan lelaki. Namun, wanita tentunya ingin sekali mendapatkan pujian daripada orang lain apabila tubuh yang dimiliki wanita itu tinggi. Hal itulah yang menyebabkan wanita banyak memakai kasut bertumit tinggi agar kelihatan lebih tinggi.

Meskipun begitu, apabila wanita berterusan memakai kasut tumit tinggi tentu dapat mengakibatkan gangguan pada kesihatan. Untuk wanita, tentu anda pasti menginginkan tubuh tinggi dan sihat kan? Agar anda dapat memiliki postur tubuh yang tinggi dan sihat, inilah caranya! Berenang. Wanita ketika melakukan aktiviti berenang, tubuh akan melakukan suatu regangan secara maksimum dan melakukan stretching secara menyeluruh. Dengan begitu, otot-otot yang ada di dalam tubuh anda akan terasa lebih fleksibel dan memberikan kesan positif untuk pertumbuhan tulang. Hal inilah yang menjadikan seseorang menjadi lebih tinggi.

Lompat tali. Kalau anda ingin mencari aktiviti yang mudah jika mahu postur tubuh yang tinggi, cuba anda lakukan aktiviti olahraga seperti skipping atau lompat tali. Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang cukup efektif untuk miliki tubuh yang tinggi. Lompat menggunakan tali dapat membantu untuk melatih bahagian betis, paha, punggung dan bahagian bahu secara bersamaan. Dan tahukah anda, dengan senaman seperti lompat tali ini dapat membantu untuk menurunkan risiko penyakit jantung. Anda boleh lakukan senaman ini dengan rutin 70 kali lompatan setiap hari. Joging. Untuk menambah tinggi badan, aktiviti yang cukup mudah yang boleh anda lakukan juga boleh lakukan  dengan joging. Joging atau berlari boleh membantu anda merangsang hormon dan melatih otot kaku. Rangsangan hormon ketika melakukan larian, dipercayai dapat membantu untuk pertumbuhan tulang. Anda boleh melakukan joging sebelum melakukan pemanasan.