Suami Fatin Afeefa teruk kena kritik dengan warganet, kali ni Nazrudin sound setepek

Personaliti televisyen, Nazrudin Rahman tampil memberi pendapat berhubung isu ‘alpha male’ atau lelaki sejati yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet sejak beberapa hari ini. Menerusi satu ciapan di laman Twitter, pengacara berusia 44 tahun itu berkata, individu yang memiliki personaliti seperti itu tidak ‘membanggakan’ diri berkongsi tentang tahap alpha mereka di media sosial.

Kepada ‘acah-acah’ alphas! “Kepada wannabe alphas, Real alphas, don’t rant on tiktok about their alpha-ness,” tulisnya petang semalam. Malah, bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu berkata, lelaki sejati memahami dan mengetahui cara bagi mengawal sesuatu perkara selain meminta orang ramai dapat membezakan antara alpha dan kurang ajar. “Real men understand fear, not run away or ignore it. Real men have control, yet are able to admit insecurities. Do not confuse being alpha with kurang ajar,” katanya. Terdahulu, suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mengurat aktres berkenaan.

“Kalau korang jadi lelaki yang dominan, ‘alpha male’ atau lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik. “Kalau anda di luar sana menjadi lelaki sejati, nak mengurat perempuan mudah sebenarnya,” katanya yang popular dipanggil Opai menerusi satu video tular di aplikasi TikTok. Pengakuan tersebut membuatkan segelintir golongan wanita berasa kurang senang dengan menganggap kata-kata Aliff itu agak menjengkelkan.

Mengaku Kononya Lelaki Paling ‘Alpha’, Suami Baru Fatin Afeefa Dikritik Warganet. Sejak mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu, pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang sering berkongsi rutin harian mereka kepada peminat menerusi sesi siaran langsung (live) di TikTok. Terbaharu, menerusi satu sesi live yang diadakan baru-baru ini, ada warganet yang bertanya bagaimana cara Aliff memikat Fatin. Jawab Alif dia tidak meletakkan kesungguhan untuk mengorat isterinya. Sebaliknya, aktres berusia 29 tahun sendiri yang memulakan langkah untuk memikat dirinya. “Saya jawab jujur, Fatin lagi susah nak dapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada saya. Itu yang agak sukar sebenarnya.

“Jadi, masa saya nak mengorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin sebenarnya,” kata Aliff. Dalam masa sama, Aliff turut menjelaskan mengenai perihal dominan, tegas dan alpha yang perlu ada pada seseorang lelaki untuk memikat perempuan. “Kalau korang jadi lelaki yang dominan, alpha male atau jadi lelaki yang tahu apa dia nak dalam kehidupan dan tidak menggunakan emosi dalam membuat keputusan, perempuan akan tertarik.“Jadi masa saya ngorat Fatin, saya tak ambil banyak effort, tapi dia yang lagi banyak effort daripada saya.

“So kalau korang jadi lelaki sejati, nak ngorat perempuan sangat senang,” katanya. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Aliff telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan wargamaya terutama kaum wanita. Malah, ada segelintir wargamaya yang menganggap kata-kata yang diberikannya itu agak keterlaluan. Sumber, trendingsangat. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.