Dah selamat jadi suami isteri, sekali pereka fesyen tampil bongkarkan cerita masa persiapan sebelum diijab kabul Ungkuu Ismail dan Nad Zainal

PELAKON Nad Zainal akhirnya mengesahkan dia kini sudah bergelar isteri kepada aktor Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz pada Ahad. Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 33, memuat naik foto pernikahan dengan Ungku Ismail, 37, di Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas iaitu Alhamdulillah. Menerusi hantaran tersebut, Nad turut memuat naik beberapa foto pada majlis pernikahannya termasuk gambar mas kahwin yang tertera sebanyak RM1,000. Selain itu, Nad turut berkongsi foto Ungku Ismail mengucup dahinya selain gambar mereka di hadapan masjid.

Terdahulu, Nad dan Ungku Ismail memuat naik video pendek berdurasi 10 saat memperlihatkan mereka berpegangan tangan masuk ke dalam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pasangan itu secara ringkas hanya meletakkan kapsyen emoji berbentuk cinta selain meletakkan tarikh 23 Januari 2023 dipercayai tarikh mereka melangsungkan pernikahan. Dalam pada itu, pereka fesyen Seth & Luna juga turut berkongsi video persiapan Nad dan Ungku sebelum diijab kabul yang memberitahu mereka telah diberikan kepercayaan untuk menghasilkan busana pernikahan pasangan berkenaan.

Seth & Luna berkata, mereka antara individu yang memegang rahsia kedua mempelai sebelum Nad dan Ungku Ismail memaklumkan berita gembira ini secara umum kepada peminat. “Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suami. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat. “Pada hari ini, jami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu buat Nad dan Ungku. Semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia hingga ke Jannah,” katanya. Untuk rekod, sebelum ini Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Bagaimanapun, awal September tahun lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perpisahan. Sebelum ini, Ungku pernah mengakui Nad adalah wanita paling rapat dengannya.Ketika Nad dimasukkan hospital akibat jangkitan paru-paru pada 20 November tahun lalu, Ungku banyak berkongsi perkembangan mengenai aktres itu kepada peminat. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.