Kunjungi rumah anak yatim, ramai yang sebak bila tengok perkongsian terbaru Dekta

Setelah pemergian orang tua, anak – anaklah yang akan meneruskan legasi yang ditingga4lkan oleh orang tua mereka. Seperti anak perempuan Siti Sarah Raisuddin iaitu Dzahira Talita Zahra yang kini berusia 9 tahun meneruskan perniagaan yang diusahakan oleh ibunya, Loveta.  Meskipun begitu, Talita atau mesra dipanggil Dekta masih perlu dibantu oleh neneknya yang juga ibu tiri kepada Siti Sarah, Siti Fatimah.  Umum mengetahui bahawa Siti Sarah seorang yang gemar bersedekah untuk anak – anak yatim dan kini Dekta pula meneruskan usaha ibunya. Menerusi perkongsian terbaru di Instagram milik Siti Sarah dapat dilihat Dekta bersama neneknya mengunjungi rumah anak – anak yatim. Klik sini untuk lihat video.

Hal ini juga sempena pelancaran tudung terbaru Loveta dan mereka membuatnya di rumah anak – anak yatim sambil berbagi rezeki kepada mereka.  “Hebat sebenarnya anak-anak ni, tersentak hati bila dengar cerita mereka. Kalini kami datang memang nak menggembirakan mereka, kami bawakan make up artist & stylist khas untuk siapkan mereka. “Sempena pelancaran tudung baru kalini, memang niat nak kongsi rezeki, Alhamdulillah diizinkanNya,” tulisnya diruangan kapsyen.  Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut senang dengan apa yang dilakukan oleh Dekta sebagai pengganti ibunya. 

Komen Warganet:

Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Turut kena kritik dengan warganet sebab komen macam ni pada Syamsul, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Shuib. Usahawan dan penyampai radio, Shuib tampil mempertahankan dirinya susulan ucapan tahniah yang diberikan kepada rakan artis, Syamsul Yusof yang telah pun selamat berkahwin kali kedua, Jumaat lalu. Menerusi Instgram, Shuib menulis komen tersebut pada hantaran yang dimuat naik Syamsul sekaligus menyebabkan ada peminat yang rasa tidak puas hati dengan reaksi yang ditinggalkan bapa kepada empat cahaya mata itu.

“Saya tak perlu pertahankan sebab saya rasa lama kelamaan orang akan faham juga apa yang saya cuba sampaikan atas apa yang saya komen itu. “Ia (komen berdasarkan perkara baik yang sedang berlaku (Syamsul selamat mendirikan rumah tangga kali kedua) pada ketika itu.  Kalau contoh perkahwinan itu tidak jadi pun, ia mungkin baik pada sebelah pihak tetapi tidak kepada pihak yang satu lagi. “Tetapi janganlah kita sampai jatuhkan hukum hingga ada istilah nak boikot dan sebagainya. Saya tak fahamlah. Nak buat begitu kenapa, saya buat salah apa? “Sampai ada yang kata inilah kuasa wanita. Ketika itu saya terfikir ini sudah letakkan emosi dah ni. Cuma kita sebagai orang luar, hanya doakan yang baik-baik. Jangan menambah-nambah,” katanya kepada MH.

Shuib pada masa sama akui, komen ringkas yang diberikan turut mendapat reaksi Syamsul yang mengucapkan terima kasih. “Dia ada berikan respon, terima kasih katanya. Saya beritahu dia, semoga Allah permudahkan urusan awak. Sudah tentulah saya sebagai lelaki, tak mahu kawan-kawan kita ada masalah rumah tangga. “Lagi seronok untuk kita tengok kawan-kawan bahagia dan harmoni. Tapi bila begini, kita rasa sedih cuma apa yang mampu, cuba berikan sokongan yang paling baik. “Cuma takut sekarang ini, penglibatan soal emosi itu yang terlalu banyak. Terlebih-lebih bagi kaum wanita, mungkin,” katanya lagi.

Ditanya mengenai pendiriannya mengenai lelaki yang boleh berkahwin lebih daripada satu, Shuib menjelaskan hal tersebut tidak boleh dipertikaikan. “Saya ada juga kawan yang berpoligami. Malah yang isteri tolong carikan suami calon pun ada. Saya pun terkejut, tapi itulah realitinya. Bagi saya ia tidak salah, lelaki boleh berkahwin sampai empat. “Akan tetapi berbalik kepada nasihat orang bijak pandai, bagaimana pun kita menguruskan perkahwinan itu. Daripada segi kemampuan kita untuk berlaku adil. Kalau rasa tidak boleh, tak perlulah,” katanya lagi.

Komen warganet,

Sumber, mediahiburan.my.