Tular pasal Hana Azraa dan Pu Abu, tak boleh berdiam sekali ini respon isteri pertama dia lepas 4 tahun bersabar

ISTERI pertama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini tampil mengulas isu membabitkan suaminya dan Hana Azraa. Menerusi perkongsian di Instastory pada Ahad, Ain meminta agar tiada mana-mana pihak menghantar sebarang berita kepadanya berhubung perkara itu. Kata Ain, dia tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan warganet itu. “Tidak perlu sampaikan apa-apa kepada saya. Tak berminat untuk saya ambil tahu. Dia rasa okay untuk dedah dan biarkan dia.

“Awak baca sebagai ‘pengganggu’ dan saya baca sebagai ‘suami dan isteri’. Kenapa? Sebab tiada keputusan rasmi daripada hakim,” katanya. Tambah Ain, dia sudah cukup bersabar selama empat tahun ini dan meminta agar dirinya tidak diganggu lagi. “Saya tak layan orang psiko. Cukup empat tahun. Awak lapar perhatian? Awak dah dapat. Tapi kenapa empat tahun lalu awak tak buat benda sama sewaktu nak jadi madu. “Jangan jadi seseorang yang suka screenshot dan jadi penyampai. Kelebihan apa awak dapat? Kalau awak ganggu kesihatan mental saya lagi, saya tidak teragak-agak untuk melibatkan pihak berwajib sekali lagi,” ujarnya.

Sebelum ini, Hana berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai luahan rasa rindu Abu terhadap dirinya. Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi mengganggunya. Usaha untuk mendapatkan penjelasan Abu berhubung isu ini masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab. Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin. Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia melepaskan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan ‘Afi. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tular pasal Pu Abu dengan bekas isteri, sekali Pu Abu tampil dedahkan punca sebenar yang ramai tak tahu. Nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan kembali menjadi bualan ramai selepas bekas isteri, Hana Azraa mendakwa masih diganggu biarpun sudah bukan sebagai suami isteri. Tampil memberi penjelasan menerusi siaran langsung di TikTok bersama isteri, Ain ‘Afini Latif, Abu menegaskan dia bertemu dengan sepupunya yang tinggal di hotel sama dengan Hana ketika berada di Tanah Suci.

Kat hotel tu ada sepupu saya, sepupu saya pun pergi dengan RS Mega Travel. Saya bawak sepupu saya dan beberapa orang rakannya pergi makan. Kata Abu, dia mengakui ada menghubungi ibu Hana tetapi atas urusan anak lelakinya, Mateen. Sebagai bapa, dia ingin mengetahui perkembangan Mateen memandangkan sedang berada di Madinah atas tuntutan kerja. Saya hubungi mak Hana sebab Mateen. Tangkapan skrin yang ditunjukkan Hana itu adalah mesej minggu lalu.

Dalam pada itu, Abu turut memohon maaf sekiranya perkongsian foto bersama isteri sebelum ini di Instagram (IG) menimbulkan rasa kurang senang. Saya tidak mengaibkan sesiapa. Sekiranya hantaran itu dianggap mengaibkan sesiapa, saya mohon maaf. Saya minta maaf dan insya-Allah perbuatan itu tidak akan berulang lagi. Kalau saya puji Ain, saya puji saja. Sebelum ini, Hana naik angin kerana mendakwa Abu masih mengganggu dan mengejar dirinya serta keluarga. Dakwa Hana, Abu masih belum ‘move on’ biarpun sudah berpisah talak tiga.

Terdahulu, Abu dan Hana berkahwin dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mateen pada 1 Februari 2020. Pada April 2019, Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika Ain sarat hamil. Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila berpisah talak kedua dan kemudiannya rujuk semula. Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Menurut Abu, Ain kini sedang hamil anak ketiga. Sumber, TikTok @beritahairanmy via OhBulan.