KOLEKSI pakaian yang diberi nama Milagros nampaknya berjaya jadi perhatian warganet biarpun ia belum dilancarkan ke pasaran. Mana tidaknya, corak pada pakaian itu kelihatan sama seperti selimut legenda yang digunakan oleh ramai rakyat Malaysia sejak zaman berzaman. Menurut laman Facebook Nobody, mereka teruja untuk berkongsi koleksi pakaian itu biarpun ia masih lagi berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D). “Kami sangat gembira untuk berkongsi dengan anda baju “MILAGROS”. Ia masih dalam fasa R&D tetapi kami sedang mengusahakannya.
“Kebanyakan kita mempunyai kenangan dengan fabrik ini dengan cara ia digunakan di rumah kita. Namun, pasukan kami masih cuba mencari asal-usulnya dari segi reka bentuk dan pengeluaran. Kami benar-benar menghargai sebarang petunjuk mengenai perkara ini,” ujar pengeluar pakaian itu. Menerusi posting di Facebook, mereka turut berkongsi beberapa foto, memaparkan model lelaki dan perempuan yang menggayakan baju bercorak selimut legenda itu. Rekaan kemeja lengan pendek itu dilihat sesuai digayakan secara dibutang atau dibiar terbuka dengan padanan t-shirt kosong di bahagian dalam.
Untuk rekod, posting itu bukan sahaja dihujani lebih 800 komen warganet, malah turut dikongsi hampir 20,000 kali oleh pelayar Facebook. Menjengah ruangan komen, kami mendapati ramai warganet turut memuat naik foto selimut itu yang disimpan di kediaman mereka. “Untuk rakyat Malaysia, ini adalah kenangan zaman kanak-kanak. “Selimut paling best. Memang rare ni buat baju. “Satu Malaysia ada selimut ni. Rindunya,” tulis beberapa warganet. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.