Selepas berkahwin pada 30 Disember lalu, Fatin Afeefa dan jutawan muda, Aliff Awang sering jadi tumpuan warganet di media sosial. Terbaru, sebuah video yang disiarkan semula oleh warganet bertebaran di media sosial sehinggakan Fatin dan Aliff atau lebih mesra disapa Opai menjadi bualan hangat. Menerusi video itu, Fatin seakan terkejut apabila Opai menyebut perkataan pisah ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok. “Sumpah tak kelakar saya tengah buat live,” kata Fatin. “Saya punya sifat suka kumpul kereta mewah. Mana saya nak lepaskan awak,” jawab Opai sambil mencium dahi Fatin. Aksi sweet dari Opai itu membuatkan aktres berumur 29 tahun ini berseloroh dengan membahan golongan ‘single.’
Opai turut menjadi ‘tukang tambah’ dengan menayang keuntungan yang diperoleh selama seminggu hasil daripada pelaburan saham online. “Dah la single, tak ada duit pula tu. Sweet dengan bini murah rezeki. Hari ini saja dah dapat 15,500 USD (RM67,000). Minggu ini saja dah buat 17,500 USD (RM76,000). Korang semua sayuran!” Bagaimanapun, kenyataan yang keluar daripada mulut Opai itu telah mengundang kritikan daripada pengikut. Rata-ratanya menegur sikap Opai yang terlampau riak dengan rezeki Allah sehinggakan menyinggung perasaan orang lain. Klik sini untuk lihat video.
Terdahulu, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan berpisah 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7. Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10. Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Halang bekas suami jumpa anak, sekali Adam Shahz dedah ada sesuatu yang Fatin Afeefa risaukan. Pelakon Adam Shahz mendedahkan sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan anaknya ekoran dihalang bekas isteri, Fatin Afeefa. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata, Fatin menghalang mereka bertemu kerana bimbang lebih banyak rahsia peribadinya terbongkar. Disebabkan itu, Adam sudah memfailkan laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menuntut hak penjagaan sekali gus menyelesaikan masalah di antara mereka.
“Dia tahu kalau saya jumpa anak, banyak lagi rahsia akan terbongkar. Sebab itu halang saya jumpa anak dan saya sendiri sudah beberapa minggu tak tahu tentang keadaannya. Sebelum ini dia ada hantar orang tengah untuk bercakap dengan saya, tetapi sekarang lebih baik selesaikan perkara itu di mhkamah,” katanya. Terdahulu, Adam ada memuat naik video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, yang mana kanak-kanak itu mendedahkan ibunya sudah mempunyai teman lelaki dan beberapa perbuatan aktres itu. Dalam satu perkongsian lain, Adam turut kesal apabila terdapat segelintir warganet yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya meskipun tidak mengetahui fakta sebenar.
Menurut Adam, selepas berpisah dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka. Bagaimanapun tdvhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya. “Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Orang bercakap buruk tentang pun, saya tetap tak ambil peduli kerana apa yang telah berlaku biarlah saya sahaja tahu. Tapi semakin lama, orang mula menyalahkan saya tentang perpisahan kami sebelum ini,” jelasnya. Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun kemudian. Sumber, Mstar Online