BEKAS pembantu peribadi kepada pelakon Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap aktres tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini. Amalina atau Amell, 29, memberitahu dia tidak mahu lagi kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak tersebut berlarutan selain enggan melihat Mak Wan terus menanggung derita susulan kes mahkamah yang sedang berjalan. “Saya buat dakwaan sebelum ini sebab ia melibatkan maruah kerana dituduh mengambil duitnya dan dia pernah meludah saya.
Mak Wan mengadu hidup susah selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi. “Apabila dapat tahu kisah dia hidup susah daripada artikel mStar, saya rasa kasihan. Tak elok untuk saya lanjutkan kes ini dalam keadaan dia sebegitu. “Jadi saya akan minta pihak peguam untuk tarik semula kes tersebut dan cukuplah sampai di sini,” katanya. Amell dalam masa sama juga terkejut mendengar khabar Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit bp tinggi dan diabetis dihidapinya. Dalam masa sama, Amell juga berusaha untuk menghubungi pelakon itu dan berharap hubungan mereka kembali pulih.
“Saya sebak dan terkejut apabila dapat tahu dia tiada duit sehingga nak beli ubat pun tak mampu. Sedangkan semasa saya menjaganya, bekalan ubat tak pernah putus. Sedangkan semasa saya menjaganya bekalan ubat tak pernah putus. “Sebagai orang yang pernah duduk bersamanya sebelum ini, pasti akan timbul rasa kasihan setelah dapat tahu keadaan begitu,” ujarnya. Menerusi temu bual sebelum ini, Mak Wan menyifatkan tahun 2022 lalu tinggalkan kenangan buruk buatnya apabila terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk pernikahan kali ketiga yang hanya bertahan selama tiga bulan.
Mak Wan ketika hadir di mahkamah pada Julai tahun lalu. Pada Julai 2022, pelakon itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib meludah Amell namun Mak Wan mengaku tidak bersalah. Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca dari tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon. Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syrk. Sumber : mstar/trendingsnagat. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.