Kes kahwin 2 jadi perbualan hangat, ini nasihat padu dari Nora Arifin buat ramai terdiam

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof sentiasa mendapat perhatian ramai sehingga ia menjadi perdebatan serta perbualan hangat dalam kalangan warganet. Melihat kerancakan warganet memperkatakan tentang isu itu di media sosial, penyanyi Datuk Nora Ariffin berharap masyarakat menjaga percakapan serta tidak tinggalkan komen buruk berhubung masalah dihadapi pasangan berkenaan. Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, berkata, dia bimbang sekiranya kegairahan warganet tinggalkan komen yang tidak berpuas hati mengenai poligami, ia bimbang akan memakan diri mereka sendiri. “Hati-hati… Dalam kita seronok mengata, menghina, melabel orang lain sebab takut tanpa kita sedar, kita jugalah adalah produk hasil perkahwinan poligami yang diamalkan zaman dulu-dulu lagi.

Nora berkongsi pandangannya dengan pengikut di media sosial. “Kemungkinan ibu kita atau kita juga adalah hasil daripada perkahwinan dari isteri kedua, ketiga atau keempat. Kita tak tahu juga,kan?,” katanya. Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad. Dalam pada itu, Nora berkata, perasaan marah atau tidak puas hati terhadap poligami itu adalah perkara biasa namun perlu berhati-hati agar tidak menghina keluarga sendiri. “Sanggupkah kita menghina ibu kita sendiri, mentua kita atau nenek moyang kita dengan panggilan penyondol, perampas dan sebagainya?

“Beremosi sikit-sikit okay, geram, marah, tak suka itu fitrah tapi biarlah berpada-pada,” ujarnya. Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Nora malah menganggap setiap perkara yang berlaku sudah menjadi ketentuanNya. Pun begitu, ada juga yang seakan tidak sependapat dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Desa Tercinta itu. “Setuju dengan kata Nora, jangan lebih-lebih sebab kita sendiri pun ada anak-anak.“Nak kahwin empat tak salah, tapi membelakangkan isteri itu yang salah. Poligami tak salah kalau ikut undang-undang yang dibenarkan. “Semuanya ketentuanNya, jangan mengata. Hari ini kita isteri pertama mana tahu nasib ke depan kita pula jadi kedua,” antara komen warganet. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *