Terkini Umno pecat Khairy Jamaluddin dan Noh Omar, rupanya ini punca sampai kena pecat

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dipecat keahliannya dari Umno. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan. Ahmad Maslan berkata, keputusan itu ditetapkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pada Jumaat malam. Menurutnya, kedua-duanya dipecat parti disebabkan pelnggran disiplin parti mengikut Perlembagaan Umno kerana kesalahan sewaktu Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15). “Selain itu, turut dipecat ialah lima ahli Umno Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli Umno Bahagian Putrajaya, dua ahli Umno Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli Umno negeri Pahang.

“Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU-15,” katanya dalam satu kenyataan. Jumaat malam. Ahmad Maslan turut memberitahu, ahli Umno yang digantung hak-hak dalam parti selama enam tahun adalah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Ahli Parlimen Sembrong), Datuk Maulizan Bujang (Ketua Bahagian Tebrau), Datuk Seri Mohd Salim Sharif (Ketua Umno Jempol) dan Shahril Sufian Hamdan (bekas Ketua Penerangan Umno). Sementara itu, beliau berkata, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor yang baharu.

Tak tunduk, terkesan atau kecewa – Khairy

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan, beliau tidak kecewa atau tunduk dengan pemecatannya sebagai ahli UMNO, malam tadi. Menerusi kenyataan ringkas di Twitter, bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau juga tidak terkesan dengan keputusan itu. “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. “‘Unbowed, unbent, unbroken’,” katanya di sini hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Kredit, limau asam boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.