Sebak bila lagu dia menang, Adele dedah dia tulis lirik lagu tu masa dia nak ubah kehidupan anaknya

Penyanyi popular, Adele memenangi trofi Persembahan Solo Pop Terbaik pada Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles, California, Amerika Syarikat bermula jam 8 pagi ini (waktu Malaysia). Penyanyi kelahiran London, England yang cukup dikenali dengan karya puitis dan beremosi itu menggenggam trofi berkenaan menerusi lagu Easy On Me selepas membenam cabaran daripada Bad Bunny (Moscow Mule); Doja Cat (Woman); Steve Lacy (Bad Habit); Lizzo (About Damn Time) dan Harri Styles (As It Was).

Adele yang mengenakan gaun berwarna merah itu diundang oleh penyampai, Dwayne Johnson atau The Rock untuk menerima trofi pertamanya pada edisi Anugerah Grammy kali ini. Adele atau nama sebenarnya, Adele Laurie Blue Adkins dalam nada sebak berkata, kemenangan itu ditujukan buat anaknya, Angelo Adkins. Sumber Berita Harian.

Saya menulis ayat pertama dalam lagu ini ketika mandi, iaitu ketika saya memilih untuk mengubah kehidupan anak saya,” katanya ketika menerima anugerah. Single Easy On Me menjadi lagu paling tinggi jumlah penstriman menerusi Spotify dalam tempoh sehari. Easy On Me dalam trek pertama album 30 berjaya mengumpul jumlah strim tertinggi iaitu 24 juta dalam tempoh sehari. Kredit, Berita Harian PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.