Bcl muat naik video Noah pergi sekolah, tapi ada benda ni yang warganet perasan dalam video tu

Penyanyi dan pelakon terkenal dari negara jiran, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali dengan panggil BCL telah menjadi perhatian warganet setelah memuat naik video anaknya Noah Sinclair di Instagram story miliknya. Menerusi video berkenaan, BCL merakam Noah yang sedang bersiap-siap untuk memulakan sesi persekolahan sebagai seorang pelajar Sekolah Menegah Pertama (SMP), namun kelibat haiwan peliharaan berbulu pula yang jadi tumpuan ramai. Klik sini untuk lihat video.

Video yang dimuat naik semula ke laman sosial TikTok itu telah mendapat lebih daripada 3 juta jumlah tontonan dan meraih 98K tanda suka dalam masa dua hari, semasa artikel ini ditulis. Rata-rata warganet mendakwa bahawa haiwan tersebut merupakan seekor anjing peliharaan keluarga BCL dan dapat dilihat ia sangat aktif sehingga mengekori Noah ke kereta. “Apa haiwan berbulu tu? Arnab ke? Bukan main lagi goyang-goyang ekor dia,” kata salah seorang warganet. Perkongsian tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang daripada peminatnya yang mula mempersoalkan tindakannya membela anjing sebagai haiwan peliharaan walaupun dirinya adalah seseorang yang beragama Islam.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan warganet dari negara seberang menyebelahi tindakan BCL itu dengan mengatakan penduduk Indonesia sememangnya sudah biasa dengan cara hidup sebegitu. Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata warganet seolah-olah memerli gaya hidup penyanyi yang berasal dari Indonesia itu dan ada juga yang mempersoal tahap pemahaman BCL mengenai agama Islam.

Sumber, Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tak tolak jika ada jodoh untuk berkahwin lagi, BCL dedah apa syarat yang perlu jejaka tersebut terima. Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak menolak jika dipertemukan jodoh sekali lagi dengan jejaka lain selepas kehilangan suaminya Allahyarham Ashraf Sinclair yang pergi buat selamanya akibat sakit jntvng dua tahun lalu. Pun begitu, menurut Bunga bakal suaminya itu nanti harus menerima hakikat Ashraf akan tetap selamanya berada di hati.

“Sebenarnya bersedia atau tidak (kembali berumahtangga), saya juga masih belum jelas dengan pe­rasaan sendiri. Stabil, tetapi masih sukar melupakan semua memori lalu. Justeru, jejaka yang ingin mendekati dan mahu memperisterikan saya perlu sedar dan menerima bahawa Ashraf sentiasa berada dalam hati saya selama-lamanya. Jika dia sedar hal itu, baru boleh ke fasa seterusnya,” katanya kepada Astro Gempak ketika melancarkan konsertnya Blossom Bunga Citra Lestari pada minggu lal

Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam. Pun begitu, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu akui dia sama sekali tidak pernah terdesak untuk mencari teman hidup dan menegaskan Ashraf tiada gantinya.

“Saya juga tidak paksa diri untuk bertemu seseorang, tetapi enggan juga menolak (berjumpa orang lain). Kita tidak tahu apa yang Allah SWT sudah takdirkan dalam hidup ini. Jalani sahaja mengikut apa yang Dia aturkan. Mencari seseorang pada usia dan status sekarang sangat berbeza berbanding zaman bujang. Banyak fasa dan perkara yang perlu dipertimbangkan. Jika bertemu dengan individu yang memenuhi syarat, saya serahkan semuanya kepada Tuhan,” katanya lagi.

BCL mendirikan rumah tangga dengan Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada 8 November 2008 dan dikurniakan anak, Noah, 12. Jodoh mereka tidak panjang apabila Ashraf meninggal dunia secara mengejut pada 18 Februari 2020 di kediaman pasangan itu di Jakarta, Indonesia. Sumber, Gempak