Nekad nak kuruskan badan sebab tak tahan kena kritik dengan warganet, sekali ini pula pesan Fizz Fairuz untuk isteri

Datin Almy Nadia sering menjadi bahan ejekan dan kritikan waganet gara-gara peningkatan berat badannya yang mendadak sehingga ada memintanya menguruskan badan. Suami Almy, Datuk Fizz Fairuz bagaimanapun tetap setia dan menerima seadanya keadaan fizikal isterinya malah pasangan itu dilihat semakin bahagia ditambah dengan kehadiran anak-anak di sisi.

Dipuji sebagai seorang suami budiman, Fizz atau Fairuz Zainal Abidin, 43, bagaimanapun berkata, dia tidak pernah memandang fizikal Almy sebagai perkara burvk sebaliknya dia tetap setia dengan janji pernah dikotakan kepada isteri ketika mereka berkahwin. Apa yang saya cakap itulah yang saya kotakan. Apa yang saya nak itu saya cuba sampaikan kepada orang luar. Benda itu lahir daripada kita sendiri. Apa kita mahu daripada keluarga dan rumah tangga kita,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fizz mengakui, Almy ada meluahkan hasrat menurunkan berat badan namun dia bimbang sekiranya perkara itu akan menjadi beban kepada suri hatinya itu. Pun begitu, Fizz tetap menyokong segala keputusan dibuat Almy selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan. Kalau dia nak kurus untuk kesihatan saya okay, tapi kalau benda itu boleh memudaratkan saya syorkan baik jangan. Dia ada benda nak kena buat, dia ada benda nak kena tanggung. Saya sebenarnya kesian… takut dia terlalu ikut perasaan sebab nak kurus. Benda itu (kuruskan badan) bukannya benda mudah. Saya tak mahu dia terbeban. Kalau dia betul-betul nak buat, terpulang, saya cuma boleh sokong dan dorong dia sahaja. Sumber newstoday77.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik itu memberitahu Almy merancang untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal selepas anak bongsu mereka tidak lagi menyusu badan. Insya Allah satu hari nanti korang akan lihat Almy Nadia yang 2015 atau 2016, korang tunggu. Dia ada impian nak kuruskan badan cuma sekarang ini dia ada anak yang menyusu jadi dia kena makan untuk pastikan air susu mencukupi. Saya tak nak hadkan dia untuk putvs susu ke apa.

Bagi anak besar sikit selepas itu kalau dia nak kurus tiada masalah. Kita cuba kalau boleh turun…. kita turun kalau tidak maintain berapa yang boleh. Bentuk badan yang dulu pun dah okay. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fizz berharap agar isterinya terus kuat dengan pelbagai tegvran dan sindirian mengenai bentuk badannya. Mulut orang tak boleh nak tutup, kena kuat. Sebab kita adalah public figure kita kena terima kritikan apa sahaja. Jangan jadikan perkara itu satu hal4ngan untuk pergi ke arah yang lain. Kena kuatlah, macam mana saya boleh kuat dia kena kuat,” kongsinya. Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.

Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.