Nekad untuk tolak tawaran program realiti, ramai yang tak sangka rupanya ini sebab Alyah buat macam ni

Sudah menjadi lumrah bagi kebanyakan selebriti terutama penyanyi yang sudah bertapak lama dalam industri seni tanah air menyertai pertandingan realiti nyanyian bagi membuktikan bakat mereka masih kekal relevan. Namun, lain pula bagi seorang penyanyi berlunak merdu, Datin Alyah apabila berpendirian mahu mengelakkan diri daripada menyertai program berkonsepkan pertandingan realiti nyanyian. Beliau yang mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika berusia 19 tahun mengatakan keputusan itu dibuat kerana mahu menjaga kesihatan mental dan bebas daripada tekanan.

Alyah berkata, berikutan pilihan dibuat, dia terpaksa menolak tawaran daripada beberapa stesen televisyen secara baik memandangkan fasa tersebut sudah berlalu. “Fasa memasuki pertandingan sudah berlalu dalam kamus hidup saya kerana pernah melalui pelbagai pertandingan sepanjang hampir dua dekad dalam industri,”ujarnya.

Jelas Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, keputusan itu dibuat kerana mahu mengelakkan diri daripada tertekan seperti pengalaman yang perlu dilalui sebelum ini. Selain itu, pelatun lagu Tak Mungkin Kerna Sayang mengatakan ia juga dibuat setelah memikirkan maslaah kesihatan yang dialami oleh ahli keluarga terdekat. “Apabila ada stesen televisyen menawarkan peluang menyertai pertandingan, saya tolak sebab enggan lagi berdepan tekanan yang pernah membuatkan saya menangis di tepi dinding.

“Banyak faktor sampingan yang perlu saya fikirkan sebelum membuat keputusan ini tambahan pula ada dikalangan ahli keluarga terdekat mempunyai masalah jantung,”jelasnya. Alyah bagaimanapun menyatakan dia masih lagi menyanyi sekiranya diundang untuk membuat persembahan. “Lagipun sekarang saya cuma mahu menikmati perjalanan ini, tetapi jika undangan membabitkan persembahan saya sedia terima,” katanya. Alyah berkata demikian ditemui pada majlis perlantikannya sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 di Bangi, semalam.

Dalam pada tu, isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS menegaskan keputusan itu dibuat bukanlah disebabkan takut berdepan komen warganet seperti tanggapan segelintir pihak. Padanya, sudah menjadi lumrah dan asam garam sebagai anak seni menerima kritikan daripada warganet lebih-lebih lagi wujudnya zaman media sosial. “Kalau tidak masuk pertandingan pun, komen warganet ada di mana-mana kerana segala-galanya kini hanya di hujung jari. Suka atau tak, sekarang zaman media sosial yang tentu saja kita tidak boleh kawal orang lain. Perkara yang di bawah kawalan kita adalah apa yang kita mahu pilih,”katanya lagi.

Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.