Genap 8 tahun dah kahwin, Fadzil Zahari kongsikan kenangan masa merisik isteri buat ramai yang terhibur

Tanggal 13 Februari lalu genap lapan tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Fadzil Zahari dan Yana Samsudin. Mengabadikan ulang tahun tersebut, Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 40, berkongsikan gambar-gambar hari bahagianya bersama aktres tersebut di laman Instagram miliknya. Menerusi ruangan kapsyen, Fadzil turut mengimbas kembali momen ketika dia meminta izin daripada bapa mentuanya untuk memperisterikan Yana. “Tak berkelip mata abang (Fadzil) bila tengok balik kehenseman abang lapan tahun lepas, ditambah lagi dengan keyakinan bila dapat tawan seorang bangsa Johor.

“Waktu tu abang tak pikiaq panjang dah, nak balik kampung raya jauh ka, highway jem 14 jam ka, abang tak peduli.. walau seorang Utara, seorang Selatan. “Waktu Yana tengah sibuk dekat separuh akhir Muzik Muzik dengan Tomok, abang bawak family pergi ke Yong Peng, Johor. “Abang cakap dengan abah Yana, ‘Pakcik, dewan kenduri di Kedah dah booking bulan 3, jadi kenduri di Yong Peng kena buat bulan Februari’. “Yakin ja abang cakap camtu, nasib baik abah Yana pencen askar tak belasah abang hahahaha.. suka hati ja lock anak dara dia macam tu.

“Alhamdulillah Allah lindung abang, tak kena pkul ka apa, kami selamat bernikah 13 Februari 2015,” tulis Fadzil. Menerusi posting itu juga, Fadzil yang merupakan adik kepada aktor dan pengarah Farid Kamil itu mendoakan agar rumah tangga yang dibinanya bersama Yana akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. “Know know dah lapan tahun, dua orang anak sihat, abang pun makin sihat. Moga Allah panjangkan jodoh hingga Jannah dan abang doakan hangpa yang single pun berjumpa jodoh sendiri bukan menjaga jodoh orang lagi.

“Nota kaki: kahwin orang Johor kena stanby sampul duit, kena tol panjang,” seloroh Fadzil. Untuk info, Fadzil dan Yana, 39, berkahwin pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun. Sumber, Media Hiburan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.