Ikut gaya isteri masa tengah live, gelagat Safawi Rasid buat ramai yang terhibur

Sudah dua bulan membina mahligai, rumah tangga selebriti Syifa Melvin dan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rashid masih lagi menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini di media sosial. Malah, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @ayu_rahayu842 di laman TikToknya, kelihatan pasangan tersebut sedang membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut. Dalam video tersebut, kelihatan Syifa sedang membuat demo mengenai kualiti produk kecantikan namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelagat Safawi yang leka mengikut gaya isterinya itu telah berjaya menghiburkan ramai. Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, warganet sempat berseloroh berapa bayaran yang diterima oleh Safawi sebagai pelakon tambahan yang telah membantu dalam jualan yang dilakukan oleh Syifa semasa siaran langsung tersebut.

Sekadar info, Syifa dan Safawi selamat mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di sebuah majlis akad nikah bertempat di hotel terkemuka ibu kota. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.