Tak sangka dah masuk umur 29, tapi Khai Bahar harap warganet tak tanya soal kahwin

Semalam, penyanyi, Khai Bahar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29. Happy birthday. Menerusi posting di Instagram, Khai berkata dia tidak menyangka sudah memasuki usia 29 tahun pada tahun ini. Sambil berseloroh, dia berharap warganet tidak bertanya mengenai soal jodoh meskipun usianya semakin meningkat. Menerusi posting tersebut juga, Khai dilihat memegang sebiji kek sempena ulang tahun kelahirannya. Di ruangan komen, rata-rata peminat dan warganet mendoakan agar Khai terus berjaya dalam bidang seni dan bertemu jodoh. Kredit Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, hadiah itu diberikan oleh ahli kelab peminat Khai Bahar Empire Singapura (KBE Singapura). Katanya, dia tidak menjangka sama sekali mendapat hadiah kerusi urut yang difahamkan dibeli hasil perkongsian 40 ahli KBE Singapura serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka. Bagi saya, ini hadiah yang sangat bagus. Memang sesuai untuk saya yang sentiasa padat dengan jadual. Mungkin mereka faham kerja saya yang sibuk. Sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk merehatkan badan. Apa pun, saya menganggap setiap hadiah diberikan peminat sempena hari jadi atau pada bila-bila waktu sebagai sesuatu yang sangat istimewa. Sebelum menjadi artis tidak pernah pun dapat hadiah mewah dan dalam kuantiti banyak,” katanya kepada Harian Metro