Nak gugur jantung bila hampir nak jatuh, Heliza Helmi kongsi pengalaman tunggang kuda

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi sempat berkongsi pengalamannya  menunggang kuda baru baru-baru ini. Menurutnya,  walaupun sudah beberapa kali menunggang kuda dan terlibat dengan aktiviti memanah, namun setiap kali menunggang kuda baru ada sedikit rasa takut dan perasaan yang berbeza. Perkara itu dikongsi Heliza menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Rabu. Hampir nak terjatuh, nak gugur jantung. Siapa yang bawak kuda mesti akan faham perasaan ni. Walaupun mungkin dah a few times ada pengalaman dapat bawa kuda, tapi tiap kali bawak kuda baru memang lain macam perasaan dia.

Tambah pulak bila dah lama tak ride. Tapi itu manisnya dalam berkuda sebab dapat latih balik diri kita bukan setakat kuat fizikal tapi latih juga untuk kuat mental,” katanya. Dalam pada itu, Heliza mengaku perasaan takut itu adalah lumrah dan akan hadir pada masa yang tidak dijangka oleh seseorang. Takut tu lumrah. Kadang-kadang boleh hadir di masa kita tak expect dia datang dan setiap org ada ketakutan yg berbeza. Ada sesetengah orang takut sebab gayat, ada yang takut dari kena marah. Kalau anda takut apa?,” kongsinya. Dalam pada itu , Heliza sempat menitipkan pesan supaya setiap orang direzekikan untuk mempelajari dan menguasai sukan sunnah ini.

Kredit xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kucing ibarat berpuasa sepanjang tahun di sini, Heliza Helmi pesan bawa makanan kucing jika pergi mekah. Memang umum lagi kita ketahui dengan penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi. Heliza menyarankan jemaah yang hendak menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah supaya membawa bersama makanan kucing untuk diberi kepada kucing-kucing jalanan di sana. Heliza atau nama lengkapnya Nur Heliza Helmi yang kini sedang menunaikan ibadah umrah dan ziarah bersama suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sejak 21 Mac lalu, berkongsi simpati saat melihat banyak kucing-kucing jalanan di sana yang kelaparan. “Kucing di sini (Mekah dan Madinah) sangat kasihan. Kebuluran, kelaparan serta kehausan. Jadi sangat disarankan (kepada para jemaah) supaya dapat membawa makanan kucing ke Tanah Suci. “Hendak beli di kedai-kedai runcit di sini, tidak jumpa pula. Belikan sekali bekas untuk letak makanan dan minuman untuk kucing. Semoga Allah S.W.T reda dan menerima amalan kita semua. Insya-Allah,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran berbeza, Heliza turut berkongsi beberapa video dia berkongsi rezeki dengan memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan yang kelaparan termasuk di sekitar kawasan Masjid Nabawi di Madinah. “Banyak kucing kelaparan di sini. Ada kucing yang matanya buta dan ekornya terbakar. Kucing-kucing di sini kehausan kerana kawasan yang kering. Jadi tidak ada air yang bertakung. Makanan pun tiada. “Kucing-kucing di sini memang sangat kelaparan dan susah hendak makan.Marilah sama-sama kita berkongsi rezeki bersama kucing,” pintanya. Tambah bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu lagi, laparnya kucing-kucing di sana diibaratkan seperti berpuasa selama setahun apabila diberi makan. “Saya sebenarnya malu hendak kongsikan, tapi saya rasa ini merupakan satu keperluan. Macam mana kita lapar, begitu juga kucing. Mereka (kucing) ibarat berpuasa sepanjang tahun di sini,” katanya.

Menjengah dalam ruangan komen, ada pengikutnya yang mengakui situasi sama menyaksikan kucing-kucing berkeliaran di sekitar Masjid Nabawi, masing-masing turut berkongsi simpati dan berharap supaya Heliza dimurahkan rezeki oleh Allah SWT atas kemuliaan hatinya memberi makan kepada kucing-kucing jalanan. “Semoga Heliza dimurahkan rezeki oleh Allah SWT,” kata seorang netizen. Sumber, KOSMO! ONLINE