Kejutan ketika berkongsi berita kehamilan kepada suami sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Momen manis ini biasanya akan dirakam dan dikongsikan di media sosial sebagai kenang-kenangan. Tidak ketinggalan berbuat demikian ialah ialah wanita ini, yang membuat kejutan untuk anak perempuannya. Terbaru menerusi video tular yang dimuat naik menerusi laman tiktok ibucantik22, memaparkan perakam video mengeluarkan kit ujian kehamilan untuk diberikan kepada anak perempuannya. Klik sini untuk lihat video.
Apa yang jadi tumpuan ialah reaksi kanak-kanak perempuan tersebut terkejut dan tidak menyangka ibunya hamil lagi. Dia macam tak sangka. Tapi bila kata Allah nak bagi, DIA memang bagi. Rezeki kami. Alhamdullillah. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima 1.8juta tontonan, 135k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur melihat reaksi menerima kejutan tersebut.
Kredit Sinar Viral PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.