Kisah hidup sekarang ada kaitan dengan lagu yang pernah dinyanyikan, tak sangka rupanya ini yang jadi pada Zaiton Sameon

LEBIH 30 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini berkait rapat dengan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan olehnya sebelum ini. Menurut Zaiton, 67, lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu itu seolah-olah menggambarkan kisah duka perjalanan hidupnya. “Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh menangis. Sudah tidak ada air mata lagi untuk menangis. “Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir,” katanya.

Mengimbau detik hitam kejadian yang menimpanya kira-kira 32 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis. Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni. “Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan? “Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan,” ujarnya.

Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi. Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya. “Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan ‘lalok’. “Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul,” katanya. Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima kad Orang Kurang Upaya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan mengalami Traumatic Brain Injuries berikutan kejadian yang tak diingini pada 1990.

Dalam kejadian itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar pergi menghadap illahi. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.