Umum mengetahui bahawa isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai disahkan hamil buat kali kedua selepas melahirkan anak sulung mereka pada Jun 2022. Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Fizo di TikTok, kelihatan isterinya sedang berada di beranda rumah kerana sedang menduduki peperiksaan secara atas talian bagi semester terakhir. Biarpun sedang sarat mengandung, Fazeera dilihat begitu fokus untuk menjawab peperiksaan sementara kedua-dua anak mereka berada di dalam rumah. Seolah-olah memahami keadaan ibu mereka, anak sulung Fizo iaitu Wan Maryam mengambil tugas untuk menjaga adiknya, Wan Khaleeda yang sedang tidur. Klik sini untuk lihat video.
Sementara itu, Fizo turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sanggup untuk berkorban masa sebagai seorang isteri, ibu serta pelajar. Menjengah di bahagian komen pula, rata-rata warganet memuji kesungguhan Fazeera yang tetap mengambil berat tentang pelajaran walaupun sudah bergelar isteri dan ibu. Malah, tidak kurang juga yang mendoakan agar isteri Fizo itu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Kredit Soya Lemon.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.