Hampir 5 bulan menyepi, akhirnya Rizky Billar dan isteri buat keputusan untuk aktif balik di utube

SUAMI kepada Lesti Kejora iaitu Rizky Billar dilihat kembali menghasilkan video YouTube setelah lama menyepikan diri. Rizky berkongsi video berdurasi 10 minit di saluran YouTube yang bertajuk Untuk Muhammad Leslar Al-Fatih Billar. Insertlive melaporkan, ini merupakan kemunculan kali pertama Rizky selepas terlibat dalam kes kegnsn rumah tangga terhadap isterinya. Malah pasangan itu memutuskan untuk kembali ke saluran berkenaan setelah lima bulan mendiamkan diri. “Alhamdulillah, konten kemunculan kami semula telah trending 1 di YouTube.

“Setelah lima bulan menyepi, akhirnya saya dan isteri mengambil keputusan untuk aktif semula. “Memang saya sengaja memilih hari Jumaat dan 24 hari bulan merupakan hari dan tarikh bermakna buat kami,” kata Rizky menerusi akaun Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, Rizky juga berterima kasih kepada peminatnya kerana sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekeluarga walaupun pelbagai kejadian telah berlaku. “Tanpa sokongan anda kami tidak akan berada pada tahap ini, justeru terima kasih kepada Leslar Lovers yang sentiasa bersama kami. Di mana sokongan dan doa anda amat bermakna buat kami,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Lesti dan juga suaminya Rizky Billar mencetuskan kekecohan ramai apabila dikatakan terlibat dalam kegnsn rumah tangga. Bagaimanapun, pasangan ini kembali berdamai selepas beberapa minggu berpisah selepas Lesti membuat laporan polis atas dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Hanya menumpang isteri, sekali ini pula respon Rizky Billar bila warganet cakap macam ni. Rizky Billar masih menerima kritikan demi kritikan daripada warganet selepas kisah dirinya memukul Lesti Kejora tersebar beberapa bulan lalu. Bukan sahaja menerima kritikan kerana mengasari isteri yang merupakan penyanyi dangdut popular itu, warganet kerap mencari kesalahan Rizky. Ini termasuklah menyrng kehidupan peribadinya yang disifatkan sebagai sebuah ‘lakonan’ dan terdesak menonjolkan diri sebagai orang kaya. Menurut pandangan warganet, kekayaan yang ditunjukkan seperti memiliki kediaman dan deretan kenderaan mewah bukanlah dimilikinya. Geram dengan dakwaan warganet mengenai dirinya yang dikatakan menumpang hidup hasil kerja dan kekayaan Lesti, Rizky pun menyindir mereka.

“Ini percakapan paling tidak berotak sebenarnya. Singkirkan kebencian, gunakan akal sihat,” tulis Rizky dalam Insta Storynya seperti dilaporkan Insertlive. Rizky yang sebelum ini bengang kerana warganet mengutuk anak sulungnya sebagai ‘tidak elok’ juga meminta semua hatersnya berfikiran terbuka dan jangan suka mencari kesalahan orang. “Mudah saja sebenarnya, kali membandingkan apa yang isteri saya ada sebelum dan selepas menikah. Cuma sayang tak ada yang cakap pakai logik,” sindirnya lagi. Terdahulu, selepas kejadian mengasari Lesti, khalayak baru tahu kediaman mewah yang didiami pasangan selebriti itu adalah rumah sewa dan beberapa lagi kemewahan yang ditunjukkan hanya untuk konten. Kredit, gempak.