Isteri Hafidz Roshdi dah sah failkan perpisahan, tapi ini pula yang dia harapkan pada bekas suami

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, 29, iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, sudah memfailkan perpisahan di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor, semalam. Nurul Shuhada berkata, ia susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga. Ya betul, saya sudah failkan perpisahan selepas ia dipersetujui kedua-dua pihak. Ia berlaku atas persetujuan bersama Hafidz dan keluarga saya. Kalau boleh tanpa kehadiran media, jadi kami pergi semalam,” katanya. Menurut Shuhada, dia ke mahkamah bersama keluarga dan berharap agar segala urusannya dipermudahkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan, insya-Allah. Saya harap perkara ini tidak menyusahkan mana-mana pihak,” katanya.

Semalam, Nurul Shuhada memuat naik foto di laman Instagram (IG) miliknya, dia ke mahkamah untuk menguruskan urusan perpisahannya. Semoga nafkah anak-anak tidak akan putus. Amin,” tulisnya. Hafidz turut menjawab di ruangan komen gambar, dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya dalam memberi nafkah. Insya-Allah rezeki anak-anak takkan putus, nafkah pun sama,” katanya. Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya ada hubungan dengan wanita lain bernama Athira Yuhada. Athira juga mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon tersebut namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shu dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2. Kredit harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.